3bulan ago
GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang di luar Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) untuk membincangkan mengenai pembangunan Kecerdasan Buatan (AI) di Malaysia.
3bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Menteri perdagangan dan menteri luar ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) menyeru usaha bersama untuk memanfaatkan inovasi digital dan daya tahan rantaian bekalan serta meneguhkan komitmen terhadap kerjasama serantau.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berhubung cadangan yuran SC yang terpakai kepada Bursa dan semakan semula yuran kawal selia dan penyenaraian terpilih untuk penerbit tersenarai dan peserta pasaran yang akan dikenakan oleh bursa itu.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh EWI Capital Bhd, EWI Investment Holdings Ltd telah membuat peralihan strategik ke arah pemegangan pelaburan dengan komitmen sebanyak A$ 100 juta (RM276.5 juta) sebagai pelabur utama dalam Dana Pejabat Austarlia TrustCapital No 3 (Dana).
3bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa kalangan ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bertindak melakukan pemodenan peraturan perdagangan global untuk memanfaatkan pendigitalan serta kecerdasan buatan (AI) bagi pertumbuhan yang terangkum.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini apabila pelabur meneliti laporan pendapatan syarikat selain memantau mengenai perkembangan pasaran serantau.
3bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah sentimen optimis terhadap hubungan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kerangka Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) akan dilaksanakan sepenuhnya bagi sektor perkilangan bermula suku pertama tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah pada RM63.85 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2025 (S3 2025), daripada RM85.74 juta dalam tempoh sama tahun lepa
3bulan ago
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berlepas pulang ke Washington hari ini selepas mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping di Busan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) baru-baru ini berjaya merekodkan jualan eksport sebanyak RM150.37 juta menerusi Program Penyumberan Antarabangsanya (INSP).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk menerbitkan dokumen dasar mengenai penggunaan ta’awun (bantuan bersama) yang lebih meluas dalam takaful menjelang akhir tahun ini.