8bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup sedikit rendah seiring dengan prestasi lemah indeks serantau utama berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan memandangkan pasaran kekal berada dalam mod yang tidak banyak berubah, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan lebih rendah, diasak oleh kekurangan pemangkin baharu yang turut memaparkan aliran di peringkat pasaran serantau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan dibuka meningkat pada Jumaat, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham mewah walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang bercampur-campur.
8bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada peningkatan semalam apabila ditutup rendah pada hari ini, susulan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini yang juga seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau, kata penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih rendah, didorong oleh jualan yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam keadaan kekurangan pemangkin baharu.
8bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah pada Khamis dalam persekitaran reaksi bercampur-campur terhadap prestasi semalaman Wall Street dan para pelabur menunggu keputusan pendapatan korporat.
8bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dapat mengekang penurunan awal untuk ditutup tinggi pada Rabu, didorong belian pada saat-saat terakhir di seluruh papan, kata penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati berikutan isyarat bercampur-campur daripada prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman.
8bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memulakan dagangan Rabu dengan meningkat seketika sebelum susut, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur ketika pelabur terus meneliti data inflasi Amerika Syarikat (AS).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkatnya pda Selasa, melonjak 2.32 peratus ke paras tertinggi dalam dua bulan, dipacu oleh sentimen risiko yang kembali pulih berikutan Amerika Syarikat (AS) dan China mengambil keputusan untuk meredakan ketegangan dagangan hujung minggu lepas.
8bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan pasaran global menyaksikan dorongan yang tinggi terhadap aset berisiko susulan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang optimis.
8bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Persetujuan Amerika Syarikat (AS)-China untuk mengurangkan sementara tarif memberi kesan positif kepada pasaran ekuiti tempatan berikutan langkah ini mengurangkan risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dan global serta mendorong aliran masuk dana asing bersih yang lebih tinggi, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.