BERITA TERKINI   (RASMI) BN menang di Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 14,214 undi - Pengurus Pilihan Raya | 

Terdapat 5340 berita berdasarkan kata kunci carian " 2025"

Bursa Malaysia Naik Melebihi Paras 1,600 Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meraih prestasi positif pada tengah hari dengan mencecah paras 1,600 memandangkan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, utiliti serta telekomunikasi dan media.

Ekonomi Malaysia Dijangka Kekal Sederhana Dalam Persekitaran Cabaran Luaran

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal sederhana hingga akhir 2024, berikutan permintaan luaran yang lemah dan ketidaktentuan dasar global yang berterusan, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Bursa Malaysia Anjur Perhimpunan Agung WFE Dan Mesyuarat Tahunan Pada 19-21 Nov

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd akan menganjurkan Perhimpunan Agung Persekutuan Bursa Dunia (WFE) ke-63 dan Mesyuarat Tahunan dari 19-21 Nov, 2024 di Kuala Lumpur.

Lawatan PM Anwar Ke Brazil Perkukuh Hubungan Diplomatik 65 Tahun, Perdagangan

Daripada M.Saraswathi

LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil yang berlangsung dari 16-19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang telah terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan.

Potensi Eksport Malaysia RM1.24 Bilion Ke Peru - PM Anwar

Daripada M. Saraswathi

LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghasilkan potensi eksport RM1.24 bilion (US$0.3 bilion), khususnya dalam sektor berpotensi tinggi susulan inisiatif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Tidak Berubah Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak berubah minggu depan dalam persekitaran permintaan baharu daripada pasaran destinasi.

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mungkin didagangkan secara berhati-hati minggu depan berikutan kenaikan dolar US baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat terhad pada minggu hadapan.

Anggaran Hasil Selangor Diunjur Sebanyak RM2.35 Bln Pada 2025 - Menteri Besar

KUALA LUMPUR, Nov 15 (Bernama) -- Anggaran hasil negeri Selangor diunjur sebanyak RM2.35 billion bagi tahun 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Sidang Kemuncak Pembekal Elektronik Tampil Johor Sebagai Destinasi Pelaburan

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Sidang Kemuncak Pembekal Elektronik Malaysia yang diadakan baru-baru ini menyerlahkan usaha berterusan kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan dan inovasi, menampilkan Johor sebagai destinasi pelaburan utama bagi sektor elektronik.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat setelah pulih daripada penurunan yang dilihat sepanjang tiga hari lepas, kata Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Sathia Varga. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat berikutan minat belian baharu meskipun kekukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), seiring dengan kenaikan di pasaran emas COMEX AS.