Terdapat 1845 berita berdasarkan kata kunci carian " dun"

Airwallex Peroleh Kelulusan BNM Bagi E-wang, Lesen Kelas A Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Platform kewangan dan pembayaran global terkemuka, Airwallex menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi penerbitan e-wang dan lesen Kelas A, yang akan menyediakan rangkaian lengkap perkhidmatan pembayaran di Malaysia.

Konflik Asia Barat: Bank Dunia Gariskan Tiga Bidang Untuk Malaysia Perkukuh Kedudukan

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank Dunia menggariskan tiga bidang utama yang perlu diberi tumpuan oleh Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan ekonominya dalam jangka masa panjang di tengah-tengah cabaran global semasa yang timbul daripada konflik di Asia Barat.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Meskipun Berdepan Ketidaktentuan Global – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan global yang semakin meningkat, dengan kerajaan memperluaskan langkah-langkah "Pelan B" untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekonomi Malaysia Dijangka Terus Berkembang Pada 2026 Meskipun Berdepan Cabaran Geopolitik - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 31 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada 2026 meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Kerajaan MADANI Bertindak Proaktif Berasaskan Data, Realiti Semasa Hadapi Krisis Tenaga Global

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan terus bertindak secara proaktif berlandaskan data dan realiti semasa, termasuk mendapatkan pandangan pihak industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam menghadapi krisis tenaga global.

Labuan IBFC Naik Tangga Ke 55 Dalam Indeks Pusat Kewangan Global

LABUAN, 31 Mac (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (IBFC) berada pada kedudukan yang baik untuk melengkapkan ekosistem kewangan Malaysia yang lebih luas dan mengukuhkan daya tarikan global negara, kata Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Affendi Rashdi.

BNM Nilai Risiko, Impak Ekonomi Daripada Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang menilai impak ekonomi daripada konflik Asia Barat memandangkan krisis itu boleh berlarutan sehingga enam bulan, sekali gus menjejaskan bekalan minyak dan harga tenaga, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Malaysia Pelawa Pelabur Jepun Meningkatkan Nilai Rantaian Semikonduktor - Sim

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Malaysia menggesa pelabur Jepun supaya memperkukuh penglibatan mereka dalam ekosistem semikonduktor negara dan melangkaui aktiviti pemasangan dengan meneroka segmen bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu, pembungkusan termaju, penyelidikan dan pembangunan (R&D), sektor hijau serta pembangunan bakat tempatan.

Sistem Kewangan Kekal Berdaya Tahan Disokong Persekitaran Kawal Selia Berhemat, Teguh - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Sistem kewangan Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025, disokong persekitaran pengawalseliaan yang berhemat dan teguh, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Asas Ekonomi Malaysia Kukuh Sokong Sentimen Pasaran Dalam Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh, dipacu oleh pembaharuan struktur dalam negeri, dijangka terus menyokong sentimen pasaran domestik walaupun persekitaran global kekal sangat tidak menentu.

Kekal Di Landasan, Perkukuh Asas Ekonomi Dan Penampan Dasar – Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) – Memperkukuh asas ekonomi dan penampan dasar dalam ketidaktentuan perdagangan global merupakan langkah penting untuk memastikan pertumbuhan berterusan dan seterusnya, menjamin kesejahteraan rakyat, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Kerajaan Masih Mampu Tampung Subsidi RON95, Sedia Selaras Dasar

IPOH, 28 Mac (Bernama) -- Kerajaan ketika ini masih mampu menampung jumlah subsidi bagi petrol RON95, namun bersedia melakukan pelarasan dasar mengikut keperluan semasa sekiranya kos terus meningkat akibat krisis di Asia Barat.