1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara, namun langkah berani selanjutnya oleh negara ini adalah dengan memastikan ledakan infrastruktur digital ini memberikan penggandaan ekonomi penting meliputi industri dan komuniti.
1bulan ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 19 Mei (Bernama) – GE Aerospace merancang untuk terus memperluas operasinya di Malaysia dan rantau Asia Pasifik sambil memperkukuh keupayaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) bekerjasama dengan Bursa Malaysia Bhd bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk melaksanakan amalan lestari dan memajukan perjalanan mereka ke arah pengurangan karbon.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad and Nur Atiq Maisarah Suhaimi
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Akta Pembaharuan Semula Bandar, yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen menjelang Julai ini, mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi, kata Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Kenneth Soh.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Data daripada tinjauan PropertyGuru 2024 menunjukkan 77 peratus daripada rakyat Malaysia mengambil kira risiko iklim apabila membeli rumah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR,13 Mei (Bernama) -- Visionary Heritage Bhd (VHB), syarikat tujuan khas yang ditaja oleh ISP Holding Sdn Bhd menyelesaikan terbitan sulung Sukuk Wakalah Hijau ASEAN berjumlah RM114 juta di bawah program Sukuk Wakalah ABS berasaskan aset industri kelestarian bernilai RM2 bilion.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Bhd (Malakoff), Malakoff Power Bhd (MPower) telah berjaya menerbitkan Sukuk Murabahah Pelaburan dan Bertanggungjawab (SRI) Kemampanan ASEAN pertamanya sebanyak RM250 juta di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang bernilai RM1.2 bilion.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Syarikat pengeksport sarung tangan getah perlu memastikan produk mereka benar-benar melalui proses pembuatan dalam negara untuk layak menerima sijil asal yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Malaysia sedang menggiatkan usaha untuk memperkukuh kerjasama dalam ASEAN dan juga dengan negara jiran lain seperti Maldives, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Maldives mahu memanfaatkan potensi pelaburan Malaysia khususnya dalam sektor pertumbuhan utama, kata Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu, yang tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bin Zayed International (M) Bhd (BZI) akan melabur US$500 juta untuk membangunkan kilang penapisan bahan api penerbangan mampan -- kemudahan bersepadu pertama di dunia di Pelabuhan Klang -- yang akan meletakkan Malaysia di barisan hadapan bagi pengeluaran bahan api penerbangan bersih.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Malaysia berusaha ke arah ekonomi lestari dan dipacu inovasi dengan memeterai memorandum persefahaman (MoU) di antara Central Corporate Engineering Sdn Bhd (CCE) dengan Oasis Xtract Sdn Bhd.