27hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan pada purata RM4,100 hingga RM4,200 satu tan pada 2026, disokong oleh harga minyak mentah yang tinggi yang dapat meningkatkan daya saing ekonomi biodiesel dan menyokong potensi pelaksanaan mandat B50 Indonesia.
27hari ago
KOTA KINABALU, 11 Mac (Bernama) -- Sabah Oil & Gas Development Corporation (SOGDC) dan SEDCO Mining Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh pembangunan industri di negeri ini, khususnya di kawasan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah (SOGIP) dan Sawit Kinabalu Sandakan Industrial Park (SKSIP).
27hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Rabu, menjejaki prestasi lemah di Wall Street apabila ketiga-tiga indeks utama Amerika Syarikat (AS) ditutup jauh di bawah paras tertinggi harian selepas sesi yang tidak menentu.
27hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengatasi peningkatan awalnya untuk ditutup rendah pada Selasa.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Inventori minyak sawit alaysia susut 3.94 peratus atau 111,062 tan metrik kepada 2.7 juta tan metrik pada Februari 2026 berbanding 2.82 juta tan metrik yang dicatatkan pada sebulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2025) 2026 bagi perbelanjaan mengurus tambahan pertama 2025 berjumlah RM8.4 bilion.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Konflik geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat telah menaikkan harga minyak sawit mentah (MSM) kira-kira 10 peratus kepada RM4,592 satu tan sejak minggu lepas, mendorong kenaikan harga minyak mentah dan mewujudkan kebimbangan mengenai peningkatan kos tenaga dan baja.
28hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki pemulihan di Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa konflik dengan Iran mungkin berakhir tidak lama lagi.
28hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, melonjak lebih RM4,500 satu tan yang juga paras tertinggi sejak Oktober lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan positif minggu depan, disokong oleh harga minyak mentah yang lebih tinggi di tengah-tengah konflik Amerika Syarikat-Iran, kata seorang peniaga.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong kenaikan harga minyak mentah susulan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran, kata seorang peniaga.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong pengukuhan harga minyak mentah susulan konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata seorang peniaga.