17hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan momentum kenaikannya untuk sesi keempat berturut-turut dipacu oleh sokongan berterusan daripada pelabur institusi domestik.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, meskipun kenaikan di pasaran tunai pendasar.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) - Infrastruktur digital Malaysia yang kukuh serta kestabilan politik dan dasar kerajaan telah memacu pelaburan teknologi dan digital ke dalam negara, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) – China mungkin mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagang terbesar Malaysia untuk tahun ke-17 berturut-turut, dengan pelaburan kumulatif di negara ini melepasi US$20.8 bilion (US$1=RM4.07), kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin, berikutan aktiviti pengambilan untung serta ketiadaan pemangkin baharu bagi pasaran.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.
18hari ago
KUALA LUMPUR, Dec 22 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, kekal hampir di paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan seiring dengan prestasi kebanyakannya positif di pasaran serantau serta disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aliran belian mereka untuk minggu kelima berturut-turut dengan aliran masuk bersih berjumlah RM508.6 juta manakala peruncit tempatan mencatatkan aliran keluar bersih untuk minggu ketiga berturut-turut sebanyak RM145.3 juta.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Isnin berikutan pelabur mengambil keuntungan dalam saham wajaran tinggi berikutan prestasi indeks itu yang kukuh baru-baru ini walaupun Wall Street ditutup positif.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) – Tahun 2025 menyaksikan ringgit menambat kedudukan sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia berbanding mata wang serantau lain dengan pengukuhan unit tempatan itu dipacu oleh asas ekonomi serta angka eksport yang memberangsangkan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia pulih dan kekal stabil menjelang akhir tahun, disokong oleh penilaian menarik dan pemulihan pendapatan meskipun kegawatan perdagangan global yang tercetus akibat tarif Amerika Syarikat (AS) serta penutupan kerajaan berpanjangan yang menjejaskan sentimen pelabur.
20hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka stabil minggu depan mengukuhkan kenaikannya baru-baru ini dan diniagakan dalam jajaran kecil apabila pelabur melepaskan pegangan jangka pendek selepas prestasi kukuh dalam minggu yang berakhir ini.