BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 1-1 KL City | 

Terdapat 891 berita berdasarkan kata kunci carian " trump"

Malaysia Kekal Perkukuh Kerjasama Strategik Dengan AS Atas Landasan Prinsip Keterbukaan - PM Anwar

GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama strategik dengan Amerika Syarikat (AS) atas landasan prinsip keterbukaan, keadilan dan hormat-menghormati, demi menjamin kestabilan, kemakmuran dan keamanan serantau serta sejagat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perjanjian Damai KL: Keamanan Tidak Boleh Dianggap Remeh, begitu Juga Bagi Gaza, Ukraine - PM Anwar

GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja merupakan peringatan yang membawa kesan mendalam bahawa keamanan tidak boleh dianggap remeh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

 KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama)  -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS selepas peniaga dan pelabur memberi reaksi terhadap langkah penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang tidak dijangka pada Khamis, kata penganalisis.

Pertemuan AS-China Selari Dengan Aspirasi ASEAN - Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan rakan sejawatnya dari China Xi Jinping hari ini seharusnya dialu-alukan sebagai perkembangan baik bagi masyarakat antarabangsa.

Trump Umum Perjanjian Perdagangan Dengan China Termasuk Kemungkinan Pembelian Tenaga

Daripada Nor Baizura Basri

GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan butiran mengenai perjanjian perdagangan dengan China lebih dari empat jam selepas mesyuarat peringkat tertinggi dengan Presiden China Xi Jinping.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi Susulan Pelabur Meneliti Pendapatan Syarikat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini apabila pelabur meneliti laporan pendapatan syarikat selain memantau mengenai perkembangan pasaran serantau.

Trump Berlepas Pulang Ke Washington Selepas Pertemuan Dengan Xi Jinping Di Busan

GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berlepas pulang ke Washington hari ini selepas mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping di Busan.

Pelabur Teruskan Aktiviti Buru Saham, FBM KLCI Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari ketika pelabur terus ligat memburu saham-saham berharga rendah, terutama sektor barangan pengguna, kewangan dan utiliti.

Gesa Kerjasama China-AS, Presiden Xi Anggap Perbalahan Kuasa Besar Ekonomi Sebagai Lazim

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- China dan Amerika Syarikat (AS) perlu menjadi rakan kerjasama serta sahabat dan perbalahan dua kuasa ekonomi itu dari semasa ke semasa adalah sesuatu yang lazim, kata Presiden Xi Jinping dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya, Donald Trump di Pangkalan Udara Gimhae di Busan, Korea Selatan.

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas: Malaysia Perlu Pelaburan, Perdagangan Dari AS, Kata PM Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) ditandatangani berikutan negara memerlukan pelaburan dan perdagangan yang tinggi dari AS.

Kejayaan Sidang ASEAN Serlah Kemampuan Penjenamaan, Keseimbangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) – Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang sudah melabuhkan tirai, terbukti menyerlahkan Malaysia dalam pelbagai perspektif daripada sekadar menjadi pentas diplomatik.

Menteri Luar, Perdagangan APEC Bincang Isu Geopolitik Dan Perdagangan Menjelang AELM

GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Menteri luar dan perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) akan membincangkan mengenai isu geopolitik dan perdagangan serta hala tujunya hari ini menjelang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-32 pada Jumaat.