2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) menjual sembilan bidang tanah pegangan bebas berkeluasan kira-kira 12,923.74 meter persegi di Kuala Lumpur dengan harga RM148.8 juta.
2hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pembelian saham perbankan ketika saat-saat akhir dagangan mendorong Bursa Malaysia ditutup di paras tertinggi harian pada Khamis, dengan indeks utama meningkat 0.48 peratus, sejajar dengan sentimen serantau yang bertambah baik.
2hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit melantun semula untuk ditutup lebih tinggi hari ini apabila dolar AS menyusut di tengah-tengah peningkatan ketegangan perdagangan susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas lebih banyak negara, kata seorang penganalisis.
2hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, menurut seorang peniaga.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Manulife Investment Management (Manulife IM) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lagi Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada separuh kedua 2025.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Industri pembinaan di rantau Asia Tenggara dijangka mengalami pertumbuhan kukuh dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 6.2 peratus daripada 2024 hingga 2028, menurut Kaspersky.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Sidang Kemuncak Keselamatan ASEAN 5G dan Teknologi Operasi (OT), yang dianjurkan oleh Digital Nasional Bhd (DNB) bersama CyberSecurity Malaysia (CSM), akan diadakan pada 15 hingga 17 Julai 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
2hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) – Malaysia perlu terus mengukuhkan hubungan perdagangan intra-ASEAN dan melibatkan diri dalam perkongsian pelbagai hala, kerana pendekatan ini akan mengurangkan pergantungan kepada mana-mana negara tunggal.
2hari ago
PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Bilangan penganggur terus menurun sebanyak 0.7 peratus pada Mei 2025 kepada 522,400 orang berbanding 525,900 pada April, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menggesa kerajaan segera memulakan rundingan tarif mengikut sektor tertentu dengan Amerika Syarikat (AS) berikutan keputusan Washington untuk menaikkan duti import ke atas sarung tangan getah kepada 25 peratus mulai 1 Ogos 2025.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan prestasi sederhana apabila pelabur mencerna pengumuman terkini berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS), terutamanya berhubung Malaysia, serta penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), meskipun prestasi pasaran serantau lebih kukuh.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (Public IB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar faedah pada tahap yang sama sepanjang baki 2025, berikutan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini.