Terdapat 185 berita berdasarkan kata kunci carian " belanjawan 2026"

Bank Islam, PAAB Meterai MoU Sedia Pembiayaan RM100 Juta Untuk Kontraktor

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) untuk menyediakan pembiayaan berjumlah RM100 juta kepada kontraktor PAAB pada 2026.

BNM Kekal OPR Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terakhir untuk 2025. 

AICB Gesa Kerjasama Rentas Sempadan Lebih Kukuh Untuk Perangi Peningkatan Kadar Jenayah Kewangan

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kadar jenayah kewangan yang meningkat menggariskan keperluan mendesak untuk kerjasama rentas sempadan dan seluruh ekosistem bagi menangani ancaman itu, kata Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).

Ekonomi Malaysia Terus Berdaya Tahan, Disokong Permintaan Global Terhadap Teknologi - S&P

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia terus berdaya tahan tahun ini walaupun dalam suasana ketidaktentuan luaran dan ketidakpastian berkaitan dengan dasar perdagangan Amerika Syarikat, menurut S&P Global Ratings (S&P).

Belanjawan 2026 Dirangka Dengan Pendekatan Fiskal Menyeluruh – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pendekatan fiskal bagi Belanjawan 2026 dirangka secara menyeluruh meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan persekutuan serta pelaburan katalitik oleh entiti berkaitan kerajaan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

KPK Teliti Mekanisme TSPKS 3.0 Bagi Pertingkat Produktiviti Sawit -- Johari

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang meneliti mekanisme pelaksanaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 3.0 agar lebih menyeluruh dan memberi impak maksimum kepada pekebun kecil persendirian (PKP).

Kerangka Insentif Pelaburan Baharu Dilaksanakan Bermula Suku Pertama 2026 - Liew 

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kerangka Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) akan dilaksanakan sepenuhnya bagi sektor perkilangan bermula suku pertama tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minit awal dagangan Rabu dengan meningkat sedikit namun susut kemudiannya walaupun prestasi semalaman Wall Street positif apabila pelabur melihat tiada perkembangan ketara dalam meredakan perang dagangan serta kebimbangan mengenai penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berlanjutan.

TIV Sektor Automotif Susut 22 Peratus Pada September 2025 - MAA

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia susut 22 peratus kepada 58,490 unit pada September daripada 74,479 unit pada Ogos, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Teknologi ANPR: Masa Depan Sistem Bayaran Tol Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Penerimaan teknologi Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) semakin meraih momentum di Malaysia terutama di Lembah Klang, yang digunakan secara meluas di kemudahan parkir dan sistem kawalan akses bangunan komersial.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Sesi Pagi, Diasak Tekanan Jualan Meluas Saham Utama

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan ditutup rendah hari ini, diasak tekanan jualan meluas merentasi kebanyakan sektor terutamanya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian, pembinaan dan utiliti, melibatkan kaunter wajaran tinggi.

MIDA, Maybank Bekerjasama Jadikan Malaysia Hab Pelaburan Global

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Maybank menjalin kerjasama untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama global.