BERITA TERKINI   Sebanyak RM11.12 juta kerugian libat penipuan dalam talian direkodkan di Kota Kinabalu bagi tempoh Januari hingga 15 Mac lepas - Polis | Anutin Charnvirakul dipilih semula sebagai PM Thailand dengan mandat kuat Parlimen | Untung bersih Yinson Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan 2026 susut kepada RM683 juta daripada RM1.24 bilion pada tahun kewangan 2025 | Dua maut, empat cedera dalam kemalangan babit dua kenderaan di simpang Felda Sungai Ara dekat Kota Tinggi - bomba | Inflasi Malaysia berada pada 1.4 peratus pada Februari 2026, mata indeks naik kepada 136.0 daripada 134.1 pada bulan sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | 

Terdapat 259 berita berdasarkan kata kunci carian " bulanan"

Pelaksanaan e-Invois Dilanjutkan Setahun Lagi Bagi Syarikat Dengan Nilai Jualan Tahunan RM1-RM5 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan invois elektronik (e-invois) tanpa penalti selama setahun lagi bagi syarikat dengan nilai jualan tahunan RM1 juta hingga RM5 juta, yang sepatutnya dilaksanakan bermula 1 Januari, 2026.

Cukai Perkhidmatan Ke Atas Sewaan PMKS Diturunkan Kepada Enam Peratus -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai perkhidmatan ke atas sewaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan dikurangkan kepada enam peratus daripada lapan peratus sebelum ini.

LGM Aktifkan Insentif Pengeluaran Getah Bagi Disember 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap dan lateks diaktifkan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk Disember 2025, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Axis-REIT Peroleh Hartanah Industri Di Johor Pada Harga RM34.6 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pemegang amanah Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT), RHB Trustees Bhd telah memeterai perjanjian jual beli (SPA) untuk memperoleh kilang berkembar dua tingkat dengan bangunan pejabat dua tingkat di Johor melalui pertimbangan tunai sebanyak RM34.6 juta.

Malaysia Catat Inflasi Keseluruhan 1.4 Peratus, Teras 2.2 Peratus Pada November -- BNM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia meningkat sedikit kepada 1.4 peratus pada November 2025 daripada 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM). 

PERDA Sasar Bina 5,000 Unit Rumah Dalam Tempoh Lima Tahun, GDV Lebih RM1 Bilion

TASEK GELUGOR, 30 Dis (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) merancang untuk membina 5,000 unit rumah di Seberang Perai Utara dalam tempoh lima tahun akan datang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1 bilion.

Indeks Pelopor Malaysia Naik 3.6 Peratus Pada Oktober 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Prestasi tahunan Indeks Pelopor (IP) pada Oktober 2025 lebih memberangsangkan dengan mencatatkan kenaikan 3.6 peratus kepada 116.2 mata daripada 112.2 mata pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pelabuhan Tanjung Pelepas Laksana Inisiatif Elektrifikasi Kumpulan Lori Pelabuhan

ISKANDAR PUTERI, 22 Dis (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), usaha sama di antara MMC Group dan APM Terminals yang berpangkalan di Belanda melaksanakan inisiatif elektrifikasi keseluruhan kumpulan lori di pelabuhan itu bermula tahun depan.

Razorpay Sasar Pertumbuhan Susulan Kematangan Pasaran Pembayaran Digital Malaysia

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Razorpay Curlec Sdn Bhd menyasarkan fasa pertumbuhan seterusnya syarikat itu ketika pasaran pembayaran digital Malaysia beralih daripada penerimagunaan pantas kepada keupayaan integrasi, skala dan rentas sempadan yang lebih meluas.

5.6 Juta Terima Sara Bulanan Setakat Ini, Belanja RM4.59 Bilion - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Sebanyak 5.6 juta orang menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan dicatatkan setakat ini dengan jumlah kelayakan keseluruhan bagi 2025 mencecah RM5 bilion, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Top Glove Unjur Jumlah Jualan Meningkat Ke Eropah, Penuhi Tempahan Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd mengunjurkan jumlah jualannya ke Eropah akan meningkat dengan ketara pada suku kedua bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos, 2026, disokong oleh tempahan yang tinggi baru-baru ini.

Prestasi Getah Bercampur-campur, Komoditi Lain Seperti Koko Dan Lada Kekal Berdaya Tahan Pada 2025

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Industri getah Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur tahun ini dengan output dan eksport termasuk permintaan luaran untuk sarung tangan menguncup, manakala komoditi lain seperti koko dan lada pula berdaya tahan.