BERITA TERKINI   13 individu termasuk pengarah, bekas pengarah sebuah agensi kerajaan ditahan kerana disyaki terima rasuah kira-kira RM2.5 juta - SPRM | Malaysia, Tatarstan lihat potensi perluas kerjasama pelbagai bidang termasuk pendidikan, industri halal - PM Anwar | Rektor UIAM Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2026 | Pakar Fiqah Islam dari Maghribi Dr Ahmad Al-Raysuni diumum Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2026 | Jadikan Maal Hijrah detik muhasabah hidup, tingkat kesedaran ummah - Sultan Nazrin | 

Terdapat 174 berita berdasarkan kata kunci carian " cina"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Isnin berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah selepas indeks harga pengguna AS mengukuh kurang daripada jangkaan pada Januari 2026. 

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS Dipacu Prestasi KDNK

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mengatasi jangkaan awal pada Jumaat lepas, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Menjelang Cuti Tahun Baharu Cina

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup tinggi sedikit pada Isnin berikutan pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati dan mengambil peluang berbanding mengelakkan risiko secara menyeluruh menjelang cuti Tahun Baharu Cina.

Jualan Automotif Naik 27 Peratus Kepada 64,298 Unit Pada Januari 2026

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia meningkat 27 peratus kepada 64,298 unit pada Januari 2026 daripada 50,449 unit dicatatkan dalam bulan sama pada tahun lepas.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang terus menjejaskan sentimen pasaran. 

Niaga Hadapan MSM Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Sempena Cuti Tahun Baharu Cina

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tidak berubah dengan kecenderungan menyusut minggu depan berikutan cuti Tahun Baharu Cina memandangkan pasaran China dan Malaysia ditutup sempena perayaan itu.

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Stabil Dalam Minggu Dagangan Singkat Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal stabil minggu depan susulan kenaikan kukuh baru-baru ini, dengan jumlah dagangan dijangka kekal rendah sepanjang minggu cuti yang panjang.

Dagangan Pasaran Getah Dijangka Mendatar Minggu Depan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pasaran getah dijangka mendatar dengan kemungkinan meningkat pada minggu depan, disokong oleh pengeluaran lateks lebih rendah berikutan musim daun getah luruh.

Dagangan Niaga Hadapan KLCI Dijangka Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan dalam julat kecil pada minggu depan.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas unit tempatan mencecah paras tertinggi baharu semalam, menjelang minggu dagangan singkat susulan cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung Sebelum Tahun Baharu Cina

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan pelabur terus merealisasikan keuntungan menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan manakala kebimbangan terhadap saham teknologi global terus menjejaskan sentimen dan selera risiko pelabur.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh penurunan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras dan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.