Terdapat 1431 berita berdasarkan kata kunci carian " eksport "

IPP Malaysia Meningkat 6.0 Peratus Pada Oktober 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 6.0 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2025, mengekalkan momentum positif dalam kesemua sektor, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jualan Sektor Pembuatan Naik 6.3 Peratus Kepada RM171.7 Bilion Pada Oktober - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan berjumlah RM171.7 bilion pada Oktober 2025, meningkat 6.3 peratus berbanding 4.3 peratus pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sektor Agrikomoditi Sumbang RM165 Bilion Kepada Eksport Negara Sejak Jan Hingga Okt 2025

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Sektor agrikomoditi menyumbang sebanyak RM165.0 bilion atau 12.5 peratus kepada jumlah eksport negara dari Januari hingga Oktober 2025.

Harga MSM Terhad Kerana Simpanan Stok, Kata CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan simpanan stok yang meningkat akan terus mengehadkan harga minyak sawit mentah (MSM).

Pengeluaran Getah Asli Meningkat 11.4 Peratus Pada Oktober 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 11.4 peratus kepada 29,673 tan pada Oktober 2025 daripada 26,647 tan pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Sektor Minyak Sawit Berada Pada Kedudukan Baik Untuk Sertai Pasaran Karbon -- Johari

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Sektor minyak sawit berada pada kedudukan yang baik untuk menembusi pasaran karbon, selepas menerapkan amalan kemampanan dan ekonomi kitaran merentasi rantaian nilainya, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Tarif AS, SST Dan e-Invois Jadikan 2025 Tahun Percukaian Lebih Sibuk

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Tempoh 2025 akan diingati sebagai “tahun tarif”, dengan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang mengejutkan pasaran di seluruh dunia, malah Malaysia tidak terkecuali.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan peningkatan 13 peratus dalam tahap stok bagi November 2025 berbanding Oktober 2025.

Stok Minyak Sawit Bagi Disember Dijangka Meningkat 3.0 Peratus Kepada 2.93 Juta Tan

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Stok minyak sawit Malaysia diunjur meningkat 3.0 peratus bulan ke bulan kepada 2.93 juta tan pada Disember 2025, ketika kenaikan sederhana eksport pada 2.0 peratus bulan ke bulan adalah tidak memadai bagi mengimbangi unjuran pengeluaran, kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Kadar Pengangguran Malaysia Diunjurkan Kekal 3.0 Peratus Pada 2025 Dan 2026 - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kadar pengangguran Malaysia dijangka kekal 3.0 peratus pada 2025 dan 2026, disokong oleh pertumbuhan guna tenaga yang stabil serta pengambilan pekerja berterusan dalam sektor perkhidmatan berorientasi domestik, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Pengeluaran Dan Eksport Minyak Sawit November Susut 5.30 Serta 28.13 Peratus -- MPOB

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit Malaysia (MSM) merosot 5.30 peratus dari bulan ke bulan kepada 1.94 juta tan pada November 2025 berbanding 2.04 juta tan yang dicatatkan semasa Oktober 2025, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). 

Kerajaan Persekutuan, Negeri Perlu Cari Cara Baharu Bangunkan Industri REE - Liew

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu mencari cara baharu untuk bekerjasama bagi membangunkan elemen industri tenaga nadir bumi (REE) yang lebih berstruktur, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong hari ini.