4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) menggesa rantau ini memperkukuh perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN berikutan pemecahan ekonomi global yang semakin meningkat.
4bulan ago
Oleh Niam Seet Wei, Norsyafawati Ab Wahab, Mohd Khairi Idham Amran, Ahmad Erwan Othman & Danni Haizal Danial Donald
KOTA TINGGI, 1 Mac (Bernama) -- Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31, yang berakhir Jumaat di Desaru dekat sini, melakar pencapaian penting dengan menyokong pelbagai inisiatif ekonomi termasuk kesemua 18 Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan (PED) yang menjadi kunci dalam mencapai aspirasi Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).
4bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KOTA TINGGI, 1 Mac (Bernama) -- Timor-Leste yakin ia telah menunjukkan kemajuan yang ketara dan berada di landasan yang betul untuk memenuhi pelan hala tuju yang digariskan bagi memperoleh keanggotaan penuhnya dalam ASEAN.
4bulan ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 berada di landasan untuk dimuktamadkan menjelang Mac depan, seterusnya diterima pakai oleh pemimpin blok ini pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada Mei 2025, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.
4bulan ago
KOTA TINGGI, 27 Feb (Bernama) -- Pembuat serbuk kopi tempatan, Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd, menyasar untuk meraih perolehan RM31.5 juta pada 2025, meningkat lima peratus daripada RM30 juta tahun lepas, dengan dipacu permintaan kukuh daripada pelanggan di pasaran fizikal dan dalam talian.
4bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Sekretariat ASEAN yang berpangkalan di Jakarta harus diberi lebih banyak kuasa untuk mengenal pasti negara yang menggunakan halangan bukan tarif (NTB).
4bulan ago
KOTA TINGGI, 26 Feb (Bernama) -- Dodol Makndak, sebuah perniagaan mikro yang diusahakan seorang usahawan wanita di Pontian, menyasarkan untuk membuka sebuah kilang mini tahun ini bagi meningkatkan pengeluaran.
4bulan ago
JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) -- Replika Gambus dan corak Benang Johor antara “buah tangan” eksklusif yang disediakan untuk delegasi kenamaan sempena Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 yang berlangsung di Desaru, Kota Tinggi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Peluang pelaburan Intra-ASEAN banyak yang belum diterokai dan usaha yang signifikan masih diperlukan bagi mencapai penjajaran pengawalseliaan serantau, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
4bulan ago
Oleh Nur Fatin Mohmad Kedenen
KOTA TINGGI, 24 Feb (Bernama) -- Laksa Johor MakEte dari Segamat, keluaran seorang pengusaha wanita diterbangkan ke United Kingdom (UK) menerusi platform e-dagang Halal Street UK.
4bulan ago
Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen
KOTA TINGGI, 23 Feb (Bernama) -- Usahawan kraf wanita yang berasal dari Tangkak memasang impian melihat Batik Johor yang bermotifkan identiti negeri itu seperti lada hitam, nanas dan gambir dikenali di mata dunia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.