4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd menyasarkan permodalan pasaran tawaran awam permulaan (IPO) berjumlah RM28 bilion tahun ini, meningkat daripada RM27.4 bilion yang dicapai pada 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Ambest Group Bhd menerima minat pelabur yang tinggi dengan bahagian awamnya terlebih langganan sebanyak 46.07 kali menjelang penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 6 Feb, 2026.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- ISF Group Bhd akan terus mendapat manfaat daripada pengembangan pusat data di Malaysia selepas penyenaraiannya di Pasaran ACE dengan memperoleh lebih banyak projek tahun ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia mendahului negara lain di Asia Tenggara dari segi jumlah penyenaraian, dengan 59 IPO meraih US$1.4 bilion (2024: 55 IPO meraih US$1.6 bilion), terutamanya melalui Pasaran ACE (US$1 = RM3.96).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Teamstar Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Feb, 2026, menyasarkan untuk mengumpul sejumlah RM34.32 juta menerusi langkah tawaran awam permulaan (IPO).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- MTT Shipping and Logistics Bhd (MTTSL) memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
5bulan ago
IPOH, 24 Jan (Bernama) -- Rangkaian hotel antarabangsa terkemuka, TUI Blue menyertai sektor pelancongan Malaysia melalui kerjasama strategik dengan The Haven Resort Sdn Bhd, mewujudkan satu daripada resort jenama hotel antarabangsa di Ipoh.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Syarikat penternakan Hock Soon Capital Bhd menyasarkan untuk mengumpul sejumlah RM60 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) bersempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd yang dijadualkan pada 13 Feb, 2026.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pengeluar makanan yang berpangkalan di Melaka, Guan Huat Seng Holdings Bhd mencatat harga 24 sen sesaham pada kemunculan pertamanya di Pasaran ACE hari ini, rendah sedikit daripada harga tawaran awam permulaannya (IPO) pada 25 sen sesaham.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) - Kee Ming Group Bhd menyasar mengumpulkan RM31.50 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO) menjelang penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 12 Februari, 2026.
5bulan ago
PETALING JAYA, 21 Jan (Bernama) -- Ambest Group Bhd, penyedia perkhidmatan sokongan kejuruteraan yang mengkhusus dalam pemesinan ketepatan, menyasarkan untuk mengumpul kira-kira RM27.50 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 6 Feb, 2026.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Manforce Group Bhd telah mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE.