Terdapat 2704 berita berdasarkan kata kunci carian " kad"

McDonald's Malaysia Akan Labur RM1 Bilion Dalam Tempoh Lima Tahun

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- McDonald’s Malaysia merancang untuk melabur RM1 bilion bagi membuka 100 restoran baharu, memodenkan cawangan sedia ada dan memperkukuh keupayaan digital dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ringgit Diunjur Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Antara RM3.95 Dan RM3.96 Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil sekitar RM3.95 hingga RM3.96 minggu depan berikutan pasaran menunggu lebih banyak pemangkin termasuk data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan datang.

Data Ekonomi Akan Datang Dijangka Menyokong Tinjauan Pertumbuhan - Kenanga Investment

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Data domestik akan datang, termasuk Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI), data buruh, jualan runcit dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku keempat, dijangka mengukuhkan naratif pertumbuhan sokongan Malaysia, kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan penurunan pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor produk perindustrian dan perkhidmatan, pengangkutan dan logistik serta perkhidmatan kewangan.

ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Baharu, Gabungan Inovasi Jam Tangan Dan Gaya Moden

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- ICE-WATCH Malaysia hari ini melancarkan tiga koleksi jam tangan baharu, ICE smart TKS 2.0, Chouchou dan ICE Mimi, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perkembangan jenama tersebut di pasaran Malaysia.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Jumaat, mencerminkan penurunan dalam kadar asas pasaran tunai.

Ringgit Dibuka Rendah Didorong Risiko Geopolitik Mereda Tingkatkan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong oleh faktor luaran apabila ketegangan geopolitik yang mereda meningkatkan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS).

Nilai Transaksi Pasaran Hartanah Malaysia Dijangka Lebih RM250 Bilion Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia terus berkembang pada kadar yang stabil, dengan jumlah nilai transaksi dijangka melebihi RM250 bilion tahun ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Bercampur-Campur Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, dipengaruhi kenaikan semula dolar selepas pasaran global beralih dengan pelabur mengambil pendirian yang lebih defensif

RHB Labur Lebih RM1.5 Juta Melalui #JomBiz Untuk Perkasa Dan Perkukuh Pertumbuhan 1,000 PMKS

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kumpulan Perbankan RHB sedang memperkukuh pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terangkum menerusi program RHB #JomBiz dengan menyokong lebih daripada 1,000 usahawan mikro di seluruh Malaysia.

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia Naik 1.0 Peratus Pada Suku Keempat - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat satu peratus pada suku keempat 2025, mengekalkan kadar yang sama bagi tiga suku tahun berturut-turut, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak meneruskan peningkatan awalnya apabila ditutup lebih rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan baru-baru ini.