3bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kejayaan Malaysia mencatat pertumbuhan eksport yang melonjak 15.7 peratus tahun ke tahun kepada RM148.32 bilion dan tertinggi pernah diraih, hanya membuktikan keberkesanan strategi lindung nilai geoekonomi negara, kata Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Walaupun cukai bernilai tinggi (HVGT) tidak diteruskan, bagaimanapun prinsip asas cukai berkenaan disemak semula dan diselaraskan dengan penambahbaikan akta percukaian sedia ada melalui kadar semakan semua kadar cukai jualan dan perluasan skop cukai perkhidmatan (SST), berkuat kuasa mulai 1 Julai, 2025, kata Kementerian Kewangan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Sebanyak 735 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 108,000 pembayar cukai setakat tempoh 21 November 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih MNRB Holdings Bhd untuk suku kedua tahun kewangan 2026 yang berakhir pada 30 Sept 2025 melonjak kepada RM112.26 juta berbanding RM92.74 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menerbitkan Pemantauan Tadbir Urus Korporat 2025 (CG Monitor) yang menunjukkan kemajuan berterusan syarikat awam tersenarai (PLC) dalam penerimaan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG).
4bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.546 bilion yang meningkat berbanding RM1.999 bilion pada 2025 dengan menumpukan usaha menjamin kebajikan, kesejahteraan Bangsa Johor serta mengukuhkan kedudukan fiskal negeri.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ringgit kini didagangkan pada RM4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sekali gus muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Jualan produk tempatan yang dipasarkan menerusi platform e-dagang mencecah RM1.99 bilion pada tahun lepas, hasil kolaborasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama penyedia platform di bawah pelaksanaan khusus Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2024.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dan pihak pengawal selia bekerjasama erat bagi memacu keberkesanan, kecergasan serta kemudahan akses pasaran bagi pelabur, termasuk pelabur asing bagi mengurangkan risiko penjualan dan penarikan dana dari pasaran saham.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan dasar pengasingan (ringfencing) peruntukan dengan menetapkan satu paras minimum yang dilindungi bagi program kebajikan dan infrastruktur di desa seperti jalan raya, klinik dan hospital.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti pelaksanaan penyasaran semula subsidi dan bantuan ke atas barangan subsidi lain seperti gula, beras dan minyak masak secara berperingkat dan berfasa.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Insentif Elaun Modal Automasi telah menyaksikan pelaburan tambahan bernilai lebih RM1.8 billion daripada syarikat yang menjalankan operasi automasi setakat 31 Mei, 2025.