Terdapat 77 berita berdasarkan kata kunci carian " kedudukan kewangan"

Prestasi Saham TNB Terjejas Berikutan Keputusan Mahkamah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Bursa Malaysia menyusut dalam dagangan awal hari ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan notis penilaian cukai tambahan yang dikeluarkan kepada syarikat itu bagi tahun taksiran 2018.

Ketegangan Geopolitik, Penutupan Ruang Udara Dorong Syarikat Penerbangan Malaysia, Global Berjaga-jaga

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Sektor penerbangan Malaysia berada dalam keadaan berjaga-jaga, memberi keutamaan kepada aspek keselamatan untuk mengelak kejadian pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh lebih sedekad lepas berulang.

TNB: Kekukuhan Hari Ini, Jaminan Masa Depan Lebih Cerah

KUALA LUMPUR, 16 Jun  (Bernama) -- Bekalan tenaga elektrik adalah antara perkara yang kurang difikirkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia — sehinggalah ia terputus.

Master Tec Cadang Pindah Ke Pasaran Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Master Tec Group Bhd bercadang memindahkan penyenaraiannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia dalam tempoh kurang daripada dua tahun selepas penampilan sulung syarikat itu di Pasaran ACE pada Januari 2024.

TNB Terus Cemerlang Dalam Operasi Dan Mengukuhkan Tanggungjawab Sosial

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Seiring dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab digital serantau, TNB terus menyokong infrastruktur penting bagi sektor ini.

Projek Pembangunan Diluluskan Bagi Suku Tahun Pertama N. Sembilan Lebih RM27 Juta

SEREMBAN, 30 April (Bernama) -- Status semasa projek pembangunan (perbelanjaan) diluluskan pada suku tahun pertama ini sebanyak RM27,043,020.12 bagi tempoh Januari hingga Mac daripada kelulusan peruntukan berjumlah RM135 juta.

Prestasi Kewangan Kukuh LTAT Cerminkan Pengurusan Yang Efektif - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memaparkan prestasi kewangan yang kukuh menerusi pembayaran dividen tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sekali gus mencerminkan keupayaan pengurusannya yang berkesan, kata ahli ekonomi.

Dividen LTAT 5.25 Peratus Libatkan RM514.20 Juta, Tertinggi Dalam Tempoh Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen lima peratus dan bonus 0.25 peratus bagi tahun 2024 -- tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Pemegang Saham Pharmaniaga Lulus Pelan Regularisasi Untuk Keluar Dari Status PN17

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) – Pharmaniaga Bhd meneruskan pelan regularisasi kumpulan supaya keluar dari status Nota Amalan 17 (PN17) selepas pemegang saham meluluskan tiga resolusi utama pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) hari ini.

Pelaburan Dalam Sapura Energy Oleh MDH Untuk Bayar Vendor Tempatan - PNB

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan, tanpa memberi manfaat kepada mana-mana pemegang saham SEB atau pemiutang kewangan sedia ada, menurut Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Keuntungan Bersih TM Melonjak 7.8 Peratus Kepada RM2 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) melonjak 7.8 peratus kepada RM2.01 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember berbanding RM1.87 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini berikutan kos kewangan bersih yang lebih rendah dan pengiktirafan baki kredit cukai satu kali.

Penyusunan Semula MAHB Isyarat perubahan Utama Sektor Lapangan Terbang Malaysia - Pakar

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Langkah penyusunan semula dan penyahsenaraian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menandakan detik perubahan yang penting bagi industri penerbangan negara, menawarkan peluang untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan di seluruh lapangan terbang, kata penganalisis.