BERITA TERKINI   30 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Karamunting, Sandakan - Bomba Sabah | 30 rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Bokara, Kampung Karamunting, Sandakan - Bomba Sabah | 

Terdapat 165 berita berdasarkan kata kunci carian " lia"

Pelan Tindakan Aerotrain Akan Diaktifkan Esok - MAHB

SEPANG, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mengaktifkan pelan tindakan komprehensif (CAP) bermula esok bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan daya tahan sistem Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$123.8 Bilion Setakat 31 Okt

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$123.8 bilion setakat 31 Oktober 2025 berbanding US$123.4 bilion yang dicatatkan semasa 15 Oktober 2025. 

Silicon X Tempa Kejayaan Menerusi Ciptaan Cip FPGA Buatan Malaysia Pertama

GEORGE TOWN, 5 Nov (Bernama) -- Syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) tempatan, Silicon X Sdn Bhd mencatat pencapaian penting dalam industri semikonduktor negara dengan kejayaan ujian operasi pertama cip Field Programmable Gate Array (FPGA), sekali gus menandakan satu langkah besar ke arah merealisasikan aspirasi berteknologi tinggi Malaysia.

Bayaran Cukai Berlebihan Tidak Boleh Digunakan Untuk Liabiliti Akan Datang - Lim

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak membenarkan syarikat mengimbangi pembayaran cukai berlebihan terhadap liabiliti cukai masa hadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$123.4 Bilion Setakat 15 Okt

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US $123.4 bilion setakat 15 Oktober 2025 berbanding US$123.6 bilion yang dicatatkan semasa 30 Sept 2025. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, menjejaki prestasi kebanyakan pasaran serantau, didorong oleh aktiviti pengambilan untung.

Usaha Berterusan Kerajaan Dapat Galak Keluarga Muda Rancang Jaminan Kewangan Anak - LIAM

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Usaha berterusan kerajaan menggalakkan keterangkuman kewangan dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan insurans hayat melalui lanjutan pelepasan cukai dan duti setem dapat menggalakkan ibu bapa, terutamanya keluarga muda merancang awal jaminan kewangan anak-anak mereka.

MOF Cadang Kaji Semula Galakan Cukai Modal Teroka

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) mencadangkan galakan cukai modal teroka dikaji semula bagi syarikat modal teroka (VCC), syarikat pengurusan modal teroka (VCMC) dan pemegang saham individu VCC untuk terus menggalakkan pelaburan oleh VCC.

Pendedahan Hutang, Liabiliti Kerajaan Pada 84.1 Peratus Akhir Jun 2025- MOF

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pendedahan hutang dan liabiliti kerajaan berjumlah RM1.69 trilion atau 84.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir Jun 2025 berbanding RM1.63 trilion atau 84.5 peratus pada akhir Disember 2024, kata Kementerian Kewangan hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Kenaikan Semalaman Di Wall Street

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula pada Khamis, mengakhiri penurunan selama dua hari untuk dibuka tinggi, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street berikutan pelabur meneliti minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada September.

Kerajaan Jimat RM20 Bilion Dalam Tempoh Dua Tahun Hasil Konsolidasi Fiskal - Lim

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Usaha kerajaan melaksanakan konsolidasi fiskal bagi mengurangkan kadar defisit telah berjaya menghasilkan penjimatan pinjaman sebanyak RM20 bilion bagi tempoh dua tahun, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$123.6 Bln Pada 30 Sept

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$123.6 bilion pada 30 Sept, 2025 daripada US$122.7 billion pada 29 Ogos, 2025.