3bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York Amerika Syarikat (Comex AS) berikutan permintaan berterusan terhadap logam berharga itu sebagai lindung nilai daripada risiko geopolitik dan kewangan.
3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Harga emas Malaysia berada di landasan untuk melepasi RM700 segram pada masa hadapan berikutan pengukuhan ringgit dan dolar US yang semakin melemah, menurut seorang penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menunjukkan pemulihan daripada penurunan semalam untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih tinggi.
3bulan ago
BUKIT MERTAJAM, 22 Jan (Bernama) -- YBS International Bhd (YBS) menjangkakan hasil syarikat meningkat daripada RM100 juta kepada RM600 juta susulan pelaburan strategik untuk mengambil alih Allied Group of Companies.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan momentum kenaikan pada Selasa untuk ditutup lebih tinggi apabila sentimen pasaran semakin disokong oleh peningkatan ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan Kesatuan Eropah (EU).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal positif minggu depan seiring dengan kenaikan di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) berikutan minggu dagangan yang singkat sempena cuti umum sambutan Tahun Baharu.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh jangkaan kemungkinan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat yang meningkatkan keyakinan pelabur terhadap logam berharga ini sebagai komoditi selamat.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Prestasi tahunan Indeks Pelopor (IP) pada Oktober 2025 lebih memberangsangkan dengan mencatatkan kenaikan 3.6 peratus kepada 116.2 mata daripada 112.2 mata pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan menjejaki kenaikan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur membuat persediaan menjelang pengumuman data ekonomi AS yang penting.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia mencatatkan peningkatan pada November 2025, dengan jumlah dagangan meningkat 11.1 peratus kepada RM263.8 bilion daripada RM237.4 bilion.
4bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Portugal muncul sebagai pintu masuk strategik bagi Malaysia untuk meneroka pasaran Kesatuan Eropah (EU), menawarkan kepakaran dalam tenaga boleh baharu, pembuatan, logistik maritim dan perkongsian teknologi, kata Duta Malaysia ke Portugal Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 6.0 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2025, mengekalkan momentum positif dalam kesemua sektor, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).