Terdapat 377 berita berdasarkan kata kunci carian " luar negara"

Nomura Securities Kini Di Bursa Malaysia-i, Perluas Akses Pelaburan Patuh Syariah

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd memasukkan Nomura Securities Malaysia Sdn Bhd ke Bursa Malaysia-i bagi meningkat dan memperluas akses pasaran untuk pelaburan patuh syariah.

Jerman Mahu Jalin Kerjasama Ekonomi Yang Lebih Mendalam Dengan Malaysia

GEORGE TOWN, 19 Nov (Bernama) -- Jerman berusaha untuk memperdalamkan kerjasama ekonomi dengan Malaysia, terutamanya dalam sektor semikonduktor, di tengah-tengah persekitaran cabaran ekonomi global dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.

Risiko Hutang Negara Kekal Terkawal, Disokong Profil Tempoh Matang, Mata Wang Baik - MOF

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Risiko hutang luar negara secara keseluruhan kekal terkawal, disokong oleh profil tempoh matang dan profil mata wang yang baik, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Johor Catat Pelaburan Komited Tertinggi RM91.1 Bilion Sehingga Suku Ketiga 2025 - Exco

ISKANDAR PUTERI, 18 Nov (Bernama) -- Johor terus mencatatkan jumlah pelaburan komited tertinggi sebanyak RM91.1 bilion sehingga suku ketiga 2025, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han.

Keuntungan Bersih 99 Speed Mart Melonjak 49.9 Peratus Kepada RM160.65 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2025 melonjak 49.9 peratus kepada RM160.65 juta berbanding RM107.16 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama 2024.

Lawatan PM Anwar Ke Tiga Negara Afrika Fokus Kerjasama Ekonomi, Pelaburan

PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memulakan lawatan penting ke tiga negara di benua Afrika iaitu Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya bermula 18 hingga 24 November untuk memacu hubungan ekonomi serta membuka ruang pelaburan baharu Malaysia di benua itu.

Seramai 13,679 Jurutera, Tenaga Mahir Diserap Dalam Industri Semikonduktor Sejak Pelancaran NSS

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Seramai 13,679 jurutera dan tenaga mahir teknikal berjaya dilatih, diperakui kemahiran serta diserap dalam pelbagai segmen industri semikonduktor sejak pelancaran Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) pada Mei 2024, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Usaha Rintis Inisiatif Reset BNM Bermula 2026, Tangani Inflasi Perubatan -- Gabenor

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) – Cadangan produk asas insurans/takaful perubatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam proses untuk dimuktamadkan tahun ini, termasuk melibatkan pelaksanaan usaha rintis bermula tahun depan yang menjadi antara strategi menangani inflasi perubatan serta peningkatan premium insurans.

Perdagangan Perkhidmatan Malaysia Catat Lebihan RM12.2 Bilion Pada S3 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perdagangan perkhidmatan Malaysia kembali mencatatkan lebihan selepas 56 suku tahun, menyokong lebihan akaun semasa pada suku ketiga 2025 berjumlah RM12.2 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Petronas Lantik Maimunah Mohd Sharif Penasihat Hartanah, Berkuat Kuasa 17 Nov 2025

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Petronas melantik Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Penasihat Hartanahnya, berkuat kuasa 17 Nov 2025.

Kerajaan Laksana Moratorium Eksport Mentah REE Sokong Pembangunan Industri

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan langkah moratorium pengeksportan mentah unsur nadir bumi (REE) pada fasa jangka pendek bermula 2025 hingga 2027, sebagai sokongan kepada pembangunan industri di peringkat pertengahan.

MIHAS@Shanghai Lepasi Sasaran Jualan, Catat Rekod Tertinggi Berjumlah RM3.2 Bilion

PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Shanghai (MIHAS@Shanghai) mencatatkan jualan keseluruhan berjumlah RM3.2 bilion, sekali gus mengatasi sasaran sebanyak RM3 bilion dan menandakan pencapaian penting dalam usaha Malaysia memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju global industri halal.