BERITA TERKINI   Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam | Malaysia akan memanfaatkan Kepengerusian ASEAN untuk menerajui blok ekonomi ini ke arah ketertiban ekonomi bersepadu yang sentiasa bekerjasama - PM Anwar | Penarafan Moody’s adalah pengiktirafan ke atas usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memacu perubahan struktur, berpandukan kejelasan hala tuju dasar dan komitmen tidak berbelah bahagi kepada piawaian tatakelola yang tinggi - PM Anwar | Malaysia akan menjadi ekonomi berpenarafan A yang paling pesat berkembang dalam tempoh dua tahun akan datang, dengan prospek pertumbuhan jangka sederhana yang memberangsangkan - Moody’s Ratings  | Moody’s Ratings mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada A3 dengan tinjauan Stabil, mencerminkan usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi | 

Terdapat 298 berita berdasarkan kata kunci carian " mata wang "

BMI Semak Naik Unjuran Ringgit Bagi Akhir 2025 Kepada RM4.40 Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, menyemak unjurannya terhadap ringgit bagi akhir 2025 kepada RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada RM4.50 yang dibuat sebelum ini.

​​​​​​​Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh, disokong oleh pasaran tenaga kerja AS yang lebih baik dan ekonomi yang kukuh, kata penganalisis.

Ekonomi Malaysia Dijangka Tumbuh Lebih 5.0 Peratus Pada 2025 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi, kata Kementerian Kewangan.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Keadaan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, dengan pelabur berhati-hati menjelang laporan inflasi AS serta beberapa siri ucapan oleh pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dijadualkan sepanjang tempoh tersebut.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Kekal Aliran Meningkat

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan momentum meningkat empat hari berturut-turut untuk ditutup tinggi pada hari terakhir minggu ini susulan peniaga terus berhati-hati terhadap dasar baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Donald Trump.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Ringgit kembali meningkat daripada penyusutan semalam apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong permintaan baharu walaupun mata wang negara maju mencatat momentum positif.

Ringgit Meningkat Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam senario sentimen Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung menaikkan kadar faedah selain data-data ekonomi negara maju itu yang lebih positif, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Bagi Hari Kedua

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), meneruskan penyusutan semalam ketika prospek ekonomi global terus memberi sokongan terhadap mata wang negara maju itu.

Affin Bank Jangka Pertumbuhan KDNK 5.2 Peratus Pada 2025

GEORGE TOWN, 9 Jan (Bernama) -- Affin Bank Bhd menjangka ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.2 peratus pada tahun ini berbanding anggaran 5.0 peratus pada 2024.

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini dalam persekitaran peningkatan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) berikutan pengumuman minit Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata seorang penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Data Positif Kukuhkan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ringgit mengakhiri peningkatan semalam apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan pengumuman data-data negara maju itu yang lebih positif dan menarik pelabur kembali menumpukan mata wang itu.

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$116.2 Bilion Pada Akhir 2024

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat tahun ke tahun kepada US$116.2 bilion (US$1=RM4.48) pada 31 Dis 2024 daripada US$113.5 bilion pada 29 Dis 2023, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).