5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Oxford Innotech Bhd mencatat kemunculan pertama yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada harga 36 sen yang juga premium sebanyak tujuh sen atau 24 peratus lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 29 sen.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) telah menambah baik ciri pembiayaan di bawah skim BizJamin MTC dan BizJamin-i MTC yang kini membolehkan syarikat pertengahan (MTC) memohon pinjaman berjumlah RM1 juta hingga RM5 juta.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- CIMB Bank Bhd (CIMB Bank) telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), bagi meningkatkan pembiayaan rantaian bekalan dan memudahkan fleksibiliti pembayaran bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor penjagaan kesihatan
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Greenyield Bhd menjual sebidang tanah perindustrian pegangan pajak yang masih belum dibangunkan di Banting, Selangor kepada pengeluar penapis kartrij, Filtermation (MFG) Sdn Bhd dengan nilai RM8 juta.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Perniagaan memohon agar kerajaan memberikan lebih banyak bantuan, terutamanya dari segi akses pembiayaan yang lebih baik dan modal kerja, menurut RAM Holdings Bhd.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) menjual sembilan bidang tanah pegangan bebas berkeluasan kira-kira 12,923.74 meter persegi di Kuala Lumpur dengan harga RM148.8 juta.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh PBA Holdings Bhd (PBAHB), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mengemukakan dokumen yang diperlukan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi menerbitkan program nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah) bernilai sehingga RM5 bilion.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- ASM Automation Group Bhd yang membuat kemunculan di Pasaran ACE menyasarkan untuk memacu pertumbuhan masa hadapan dengan mengembangkan kehadirannya dan mempertingkatkan penyelesaian jentera automasi di Malaysia serta pasaran global utama.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kedudukan mudah tunai sistem perbankan kekal kukuh pada Mei untuk menyokong pengantaraan kewangan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pemproses dan pengedar daging MyAxis Group Bhd menjangka kemudahan pemprosesan baharu di Bukit Kayu Hitam, Kedah akan mula menyumbang kepada perolehan pada suku kedua tahun kewangan 2026.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Padini Holdings Bhd meningkat kepada RM71.97 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac, 2025 (S3 TK2025) daripada RM40.52 juta pada tempoh sama tahun lalu, didorong oleh peningkatan dalam margin keuntungan kasarnya.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Pakar penyelesaian jentera automasi, ASM Automation Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Bhd menjelang 2 Julai ini, berhasrat untuk mengumpulkan RM 21.82 juta melalui tawaran awam permulaannya (IPO).