BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 1-14 JDT | Liga Super: Kuala Lumpur City FC 2-2 Negeri Sembilan FC | 

Terdapat 161 berita berdasarkan kata kunci carian " mot"

Pecca Sasar Status Pembekal Tahap-1 Dengan Kilang Pemasangan Baharu Tahun Depan

PETALING JAYA, 20 Nov  (Bernama) -- Pengeluar upholsteri kulit automotif Pecca Group Bhd (PGB) sedang berusaha mencapai matlamatnya memiliki status pembekal Tahap-1 pada 2026, susulan pelancaran barisan pemasangan tempat duduk penuh yang dirancang awal tahun depan. 

PM Anwar Tiba Di Addis Ababa, Ethiopia Bagi Mulakan Lawatan Bersejarah Ke Afrika

Oleh M.Saraswathi

ADDIS ABABA, 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Addis Ababa, ibu negara Ethiopia pada 4.10 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia) untuk lawatan rasmi di sini, menandakan bermulanya lawatan sulung beliau ke benua Afrika dan fasa baharu dalam hubungan Malaysia dengan rantau itu.

WE2025 Sasar Potensi Dagangan RM100 Juta, Tarik 10,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- WE2025: Future in Motion yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Nov ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dijangka menjana potensi perdagangan sehingga RM100 juta.

Kerajaan Laksana Moratorium Eksport Mentah REE Sokong Pembangunan Industri

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan langkah moratorium pengeksportan mentah unsur nadir bumi (REE) pada fasa jangka pendek bermula 2025 hingga 2027, sebagai sokongan kepada pembangunan industri di peringkat pertengahan.

Kutipan Duti Import, Eksais Kenderaan Bermotor Dan Alat Ganti Berjumlah RM26 Bilion - MOF

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Jumlah keseluruhan kutipan duti import dan duti eksais bagi kenderaan bermotor serta alat ganti kenderaan bermotor bagi tempoh 2022 hingga 2024 adalah sebanyak RM26.47 bilion, kata Kementerian Kewangan. 

Penganjuran MotoGP Malaysia Pada 2024 Bawa Pulangan Ekonomi RM694 Juta - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) - Penganjuran MotoGP Malaysia pada 2024 membawa pulangan ekonomi yang signifikan dianggarkan mencecah RM694 juta dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

GM Klang Kini Beroperasi Hingga 10 Malam Setiap Hari

KLANG, 1 Nov (Bernama) -- Pusat borong terbesar GM Klang secara rasmi melanjutkan waktu operasi baharu iaitu dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari bermula malam ini.

5,149 Unit Pengecas EV Dipasang Setakat 30 Sept, DC Melebihi Sasaran - MITI

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Sejumlah 5,149 unit pengecas kereta elektrik (EV) awam telah dipasang di seluruh negara setakat 30 September, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Sunway Malls Peneraju Gerakan Kelestarian

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Sunway Malls memperkukuh agenda kelestariannya dengan memperkenalkan pencerna makanan pertama di Malaysia serta pencapaian pensijilan antarabangsa SIRIM, sekali gus menegaskan komitmennya terhadap nilai pengurusan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Modenas Sasar Jualan Tahunan 27,000 Unit Supermoped Z15GT

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), anak syarikat kepada DRB-Hicom Bhd menyasarkan jualan tahunan sebanyak 27,000 unit bagi model supermoped terbaharu Z15GT dengan kapasiti 149.5cc.

BUDI95: 300 Liter Cukup Bagi Kegunaan Biasa , Kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan

PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Berdasarkan data kerajaan, kuota subsidi petrol sebanyak 300 liter yang disediakan di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mencukupi untuk kegunaan peribadi biasa, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

SHB Buka Fasiliti Pembuatan Luar Negara Pertama Di Johor Bernilai RM600 Juta

JOHOR BAHRU, 17 Okt (Bernama) – Pengeluar motor elektrik automotif SHB hari ini telah membuka fasiliti pembuatan luar negara pertama di Zon Bebas Senai Airport City (SAC), dengan pelaburan sebanyak RM600 juta.