Terdapat 937 berita berdasarkan kata kunci carian " november"

Ringgit Kekalkan Aliran Meningkat, Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ringgit mengekalkan aliran meningkat, dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen yang lebih baik dalam ekonomi Malaysia dan ketegangan perdagangan yang mereda menyokong mata wang tempatan.

Sektor Penerbangan Malaysia Melonjak Ke Kemuncak Baharu Pada 2025, Pencarian MH370 Disambung 30 Dis

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ketika 2025 hampir melabuhkan tirai yang sarat membawa pelbagai peristiwa penting dalam sektor penerbangan, berita mengenai usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang akan disambung semula pada 30 Disember ini dijangka mencuri tumpuan pada 2026.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Tinggi Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, seiring dengan kadar asas pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dijangka Melepasi Semula Paras 1,640 Didorong Sentimen Positif Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan aliran meningkatnya dan melepasi semula paras halangan 1,640 minggu depan, selepas kali terakhir mencapai paras yang tinggi pada 1,642.33 mata pada 31 Dis 2024.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan susulan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.

Harga MSM Terhad Kerana Simpanan Stok, Kata CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan simpanan stok yang meningkat akan terus mengehadkan harga minyak sawit mentah (MSM).

Tarif AS, SST Dan e-Invois Jadikan 2025 Tahun Percukaian Lebih Sibuk

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Tempoh 2025 akan diingati sebagai “tahun tarif”, dengan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang mengejutkan pasaran di seluruh dunia, malah Malaysia tidak terkecuali.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan peningkatan 13 peratus dalam tahap stok bagi November 2025 berbanding Oktober 2025.

Pengeluaran Dan Eksport Minyak Sawit November Susut 5.30 Serta 28.13 Peratus -- MPOB

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit Malaysia (MSM) merosot 5.30 peratus dari bulan ke bulan kepada 1.94 juta tan pada November 2025 berbanding 2.04 juta tan yang dicatatkan semasa Oktober 2025, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). 

Indeks Harga Seunit Besi Susut -0.1 Sehingga -3.2 Peratus Pada November 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan indeks harga seunit besi menunjukkan penurunan pada November 2025 iaitu antara -0.1 sehingga -3.2 peratus berbanding bulan lepas.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan tidak menentu minggu depan berikutan cuti akhir tahun yang menyebabkan kurangnya penglibatan peniaga antarabangsa, kata peniaga.

Pasaran Getah Menyaksikan Prestasi Bercampur-campur Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka menunjukkan prestasi bercampur-campur di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai bekalan getah asli (NR) berikutan hujan lebat di wilayah pengeluar utama, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).