4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia kekal optimis dan bersedia melaraskan strategi eksport minyak sawit sebagai reaksi terhadap langkah Amerika Syarikat (AS) mengenakan kadar tarif baharu, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai antara kuasa besar dalam pasaran komoditi global dengan minyak sawit, getah, kayu, koko dan lada memacu ekonominya, menumpukan usaha melancarkan perdagangan untuk memupuk kepercayaan rakan dagang sekali gus mengukuhkan perdagangan dan pembangunan pasaran.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Malaysia akan mempelawa Thailand iaitu pengeluar minyak sawit ketiga terbesar dunia untuk menyertai Dialog Perdagangan Perhutanan, Pertanian dan Komoditi (FACT) pada masa hadapan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia naik 18.7 peratus kepada 30,005 tan metrik pada Februari 2025 berbanding 30,342 tan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4bulan ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 13 April (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk memegang peranan penting dalam memperkembangkan amalan perdagangan mampan dan inklusif apabila menjadi tuan rumah bersama Forum Perhutanan, Pertanian, Komoditi dan Perdagangan (FACT) 2025 buat kali pertama, dengan tumpuan utama kepada pekebun kecil dan pensijilan mampan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) perkenal projek rintis Skim Pemberian Excavator (SPE) dengan kerjasama Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Sugut Paitan, Sabah.
4bulan ago
TAWAU, 10 April (Bernama) -- Kadar tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas 90 negara termasuk Malaysia dilihat tidak begitu menjejaskan harga komoditi eksport negara terutamanya minyak sawit, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi bulan Mac 2025 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak teraktif berikutan harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di atas paras RM3.00 sekilogram.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- CIMB Bank Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Wild Asia Sdn Bhd untuk memacu peralihan ke arah amalan yang lebih mampan dalam sektor minyak sawit.
5bulan ago
ARAU, 14 Mac (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan RM9 bilion dapat dijana daripada penjualan kayu getah terawat menerusi program tanam semula di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia turun 20.8 peratus kepada 30,342 tan metrik pada Januari 2025 berbanding 38,299 tan metrik pada Disember 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) pada masa ini tidak bercadang untuk menaikkan kadar atau Paras Harga Pengaktifan (PHP) Insentif Pengeluaran Getah (IPG) melebihi RM3 sekilogram.