BERITA TERKINI   Liga Super: Melaka 1-2 Terengganu | Liga Super: Negeri Sembilan 1-2 Imigresen | Liga Super: PDRM 1-0 Kelantan The Real Warriors | 

Terdapat 68 berita berdasarkan kata kunci carian " pelabur institusi"

Master Tec Cadang Pindah Ke Pasaran Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Master Tec Group Bhd bercadang memindahkan penyenaraiannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia dalam tempoh kurang daripada dua tahun selepas penampilan sulung syarikat itu di Pasaran ACE pada Januari 2024.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Kebimbangan Mengenai Tahap Fiskal AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila kebimbangan mengenai paras fiskal AS terus menjejaskan mata wangnya.

Paradigm REIT Sasar Raih RM560 Juta Daripada IPO Di Pasaran Utama

PETALING JAYA, 16 Mei (Bernama) -- Paradigm Real Estate Investment Trust (Paradigm REIT) yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama menyasarkan untuk meraih sebanyak RM560 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).

Prospek Berhati-hati Bagi Bursa Malaysia Minggu Depan Susulan Pelabur Tunggu Respons Terhadap Tarif AS

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan prospek berhati-hati minggu depan, bergerak dalam jajaran kecil antara 1,513 dan 1,515 berikutan pelabur menunggu kejelasan mengenai respons strategik Malaysia terhadap pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini daripada sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei.

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Bagi Hari Ketiga Susulan Minat Belian Baharu

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran kenaikannya untuk hari ketiga berturut-turut pada Jumaat.

CLSA Lancar Waran Berstruktur Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- CLSA Securities Malaysia Sdn Bhd (CLSA) hari ini secara rasminya melancarkan waran berstruktur di Bursa Malaysia Securities Sdn Bhd.

ASEAN: Tarif Timbal Balik AS Beri Cabaran Dan Juga Peluang Kepada Perkumpulan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ketika para pegawai kanan menamatkan hari pertama Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12, di sini, hari ini, rumusan utama yang dicapai adalah walaupun tarif timbal balik AS memberikan cabaran besar, namun dalam masa yang sama ia juga menawarkan peluang kepada negara anggota.

ASEAN Digesa Tingkat Pelaburan Modal Sektor Swasta Bagi Projek Iklim - Gabenor BNM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour menggesa negara anggota ASEAN meningkatkan pelaburan sektor swasta dalam projek iklim memandangkan keperluan pelaburan yang besar di rantau ini. 

Southern Score Builders Cadang Pindah Penyenaraian Ke Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Southern Score Builders Bhd yang tersenarai di Pasaran ACE mencadangkan pemindahan penyenaraian serta keseluruhan modal saham terbitannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.

IILM Raih US$500 Juta Aset Penuhi Peningkatan Permintaan Sukuk

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) memperoleh aset berkualiti tinggi bernilai US$500 juta (AS$1 = RM4.435) dalam usaha mengembangkan asetnya untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap kertas Islam jangka pendek.

Tokenisasi Bon Dan Sukuk Akan Diperkenal Tahun Ini - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Tokenisasi bon dan sukuk, yang bertujuan untuk meluaskan penyertaan runcit dalam pasaran modal Malaysia, dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini.

Penyertaan Pelabur Asing Dalam Pasaran Domestik Meningkat, Pegangan Dagangan Naik 36.2 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penyertaan dagangan pelabur asing di pasaran domestik meningkat kepada 36.20 peratus daripada jumlah aktiviti dagangan pada 2024 berbanding 29.51 peratus pada 2023.