20hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan berjumlah RM1.97 trilion pada 2025, kenaikan 4.2 peratus daripada RM1.89 trilion dicatatkan pada 2024, manakala jualan pada Disember tahun lepas meningkat 6.4 peratus tahun ke tahun sebanyak RM168.6 billion.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia berkembang 4.8 peratus tahun ke tahun pada Disember 2025, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam pengeluaran sektor pembuatan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
20hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk suku keempat 2025 dijangka melebihi paras tahun sebelumnya, memberi petunjuk bahawa momentum asas yang lebih kukuh dan risiko penurunan lebih rendah pada 2026, kata ahli ekonomi.
20hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Malaysia menyaksikan momentum yang kukuh dalam pusat data dan perkembangan pembuatan termaju selepas dipacu oleh lonjakan pelaburan langsung asing (FDI) termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menurut firma penasihat projek serta perundingan pengurusan dari Australia, TBH Consultancy.
21hari ago
PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- India akan mengukuhkan lagi kerjasamanya dengan Malaysia terutamanya dalam sektor ekonomi digital dan semikonduktor, kata Perdana Menteri Narendra Modi.
21hari ago
PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Malaysia dan India telah bersetuju untuk mempercepatkan penggunaan ringgit dan rupee dalam perdagangan dan pelaburan dua hala, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
21hari ago
SERI KEMBANGAN, 7 Feb (Bernama) -- Antara Muka Pembayaran Bersepadu (UPI) India akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi, kata Perdana Menteri India, Narendra Modi.
22hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan aktiviti pembelian saham murah terpilih walaupun tanpa keadaan teknikal terlebih jual, susulan tiga sesi penurunan berturut-turut, kata seorang ahli ekonomi.
22hari ago
GEORGE TOWN, 6 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menghantar isyarat kukuh mengenai keyakinan ekonomi jangka panjang selain dijangka terus menggalakkan pelaburan AS, khususnya dalam sektor semikonduktor serta pembuatan di Pulau Pinang.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Data domestik akan datang, termasuk Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI), data buruh, jualan runcit dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku keempat, dijangka mengukuhkan naratif pertumbuhan sokongan Malaysia, kata Kenanga Investment Bank Bhd.
23hari ago
HOUSTON, 5 Feb (Bernama) -- Asia Pasifik termasuk Malaysia sedang pesat membangun sebagai salah satu rantau paling dinamik bagi pembuatan dan pendigitalan perindustrian yang dipacu kecerdasan buatan (AI).
23hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- ICE-WATCH Malaysia hari ini melancarkan tiga koleksi jam tangan baharu, ICE smart TKS 2.0, Chouchou dan ICE Mimi, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perkembangan jenama tersebut di pasaran Malaysia.