Terdapat 651 berita berdasarkan kata kunci carian " penutup "

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Kukuh Serantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup kukuh melonjak kepada 1,708.20, paras tertingginya dalam tempoh lebih enam tahun, disokong oleh sentimen serantau yang positif susulan kenaikan di Wall Street dan minat belian asing yang berterusan.

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah pada Selasa di tengah-tengah kebimbangan ketara pasaran terhadap kebebasan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang terus ditekan berkaitan pendirian dasar monetarinya.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini apabila kebimbangan berhubung ura-ura pentadbiran bebas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) telah menjejaskan dolar Amerika.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) --  Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi secara keseluruhannya hari ini seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Indeks Komposit Cecah Paras Tertinggi Lebih Daripada 6 Tahun

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran mencecah paras tertinggi lebih daripada enam tahun susulan pembelian berterusan dalam saham mewah, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen berhati-hati ketika pelabur terus memantau perkembangan terkini geopolitik dunia, termasuk hasrat Amerika Syarikat (AS) menghalang eksport minyak Venezuela.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Zufazlin Baharuddin dan K.Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lainnya walaupun terdapat pengumuman data ekonomi AS lebih kukuh pada lewat malam tadi.

Niaga Hadapan MSM Lebih Tinggi Susulan Khabar Angin Indonesia Mungkin Naikkan Duti Eksport

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu susulan khabar angin di pasaran bahawa Indonesia mungkin menaikkan duti eksport bagi membiayai mandat biodiesel B50, kata seorang peniaga. 

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Data Ekonomi AS

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila pasaran mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi penting AS lewat malam ini, kata seorang penganalisis.

Ringgit Ditutup Kukuh Susulan Pasaran Melihat Ketegangan AS–Venezuela Terkawal Dari Segi Ekonomi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pasaran menilai semula insiden AS–Venezuela sebagai gangguan politik tetapi terkawal dari segi ekonomi, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa, menjejaki pasaran tunai pendasar.