29hari ago
Oleh Karina Imran dan Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh pada paras RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh peningkatan persepsi terhadap pelonggaran dasar monetari negara maju itu minggu depan.
30hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh 14 bulan berbanding dolar AS pada Rabu, mencapai 4.1200 ketika ditutup hari ini berikutan jangkaan berterusan terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu depan, yang memberi tekanan ke atas dolar.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki peningkatan semalaman Wall Street ketika sentimen dipacu oleh pemulihan minat terhadap aset berisiko susulan keuntungan diraih oleh Bitcoin.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan peningkatan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan jangkaan yang meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada Disember.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar pada Jumaat dan rendah dalam dagangan awal berikutan kekurangan pemangkin baharu dalam sentimen yang kurang menggalakkan susulan penutupan Wall Street sempena Thanksgiving Day.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, kembali meningkat dipacu oleh sentimen optimis selain menjejaki prestasi semalaman Wall Street susulan jangkaan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, selepas mencatatkan kenaikan awal, berikutan harga minyak kacang soya yang lemah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi pasaran tunai.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh sentimen lebih baik apabila jangkaan yang berkurangan ke atas penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada Disember meredakan tekanan terhadap wang negara pesat membangun.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, menurut seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kalangan pelabur asing menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia bagi minggu berakhir 21 November 2025 dengan aliran keluar dana asing berjumlah US$6.73 bilion atau meningkat kira-kira 1.9 kali berbanding minggu sebelumnya.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.13-4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan cenderung meningkat pada minggu depan selepas mengalami turun naik minggu ini ketika pasaran menurunkan sentimen kemungkinan negara maju itu mengurangkan kadar faedahnya dalam mesyuarat Disember ini.