Terdapat 90 berita berdasarkan kata kunci carian " perdagangan digital"

MIHAS 2025 Dijangka Tarik Lebih 45,000 Pelawat Perdagangan, 2,300 Reruai Dari 45 Negara

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 dijangka menarik lebih 45,000 pelawat perdagangan dan akan menampilkan 2,300 reruai yang mewakili 45 negara.

Sidang Kemuncak ASEAN Tech 2025 Sasar Lebih RM200 Juta Menerusi Perjanjian Inovasi

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Sidang Kemuncak Kerjasama dan Pembangunan Teknologi ASEAN 2025 menyasarkan untuk meraih lebih RM200 juta menerusi perjanjian inovasi dan pelaburan dalam acara dua hari yang berlangsung pada 25 hingga 26 November ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Tarif: Tidak Semua Permintaan Berkaitan Perdagangan Digital, Teknologi Dipersetujui Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Tidak semua permintaan Amerika Syarikat (AS) melibatkan aspek perdagangan digital dan teknologi dipersetujui Malaysia semasa rundingan tarif timbal balik antara kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Eksport Nadir Bumi Ke AS Tanpa Sebarang Sekatan Bukan Hak Eksklusif Kepada AS - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Langkah Malaysia tidak mengenakan sebarang sekatan eksport ke atas bekalan unsur nadir bumi/mineral kritikal kepada Amerika Syarikat (AS) tidak bermaksud negara memberikan hak eksklusif kepada AS bagi bekalan tersebut.

Kejayaan Malaysia Dalam Rundingan Tarif AS Langkah Strategik Ke Hadapan - Pakar Ekonomi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam rundingan untuk mengurangkan tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksportnya kepada 19 peratus daripada 25 peratus disifatkan sebagai langkah strategik ke hadapan.

Malaysia Anjur MIHAS 2025 Pada September, Turut Disertai Pembeli Dari Perancis

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia edisi ke-21 (MIHAS 2025) dari 17 hingga 20 September di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

Data, Pendigitalan Penting Dalam Manfaatkan Potensi Perdagangan Sabah

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 22 Julai (Bernama) -- Data dan pendigitalan menjadi alat yang penting dalam memanfaatkan sepenuhnya potensi perdagangan dan logistik Sabah, kata seorang pakar logistik.

PKS Labuan Mendepani Era Digital Dengan Bengkel TikTok Shop

LABUAN, 18 Julai (Bernama) -- Kebangkitan era perdagangan digital menjadi tumpuan untuk 80 usahawan tempatan di pulau bebas cukai ini apabila mereka berkumpul hari ini untuk menghadiri Bengkel TikTok Shop yang dianjurkan oleh Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Labuan.

Malaysia Kenal Pasti Tiga Bidang Keutamaan Perkukuh Kerjasama Dengan New Zealand - Ahmad Zahid

AUCKLAND, 14 Julai (Bernama) -- Malaysia telah mengenal pasti tiga bidang keutamaan untuk meningkatkan kerjasama dengan New Zealand iaitu kemampanan, transformasi digital dan keterjaminan makanan.

Lawatan Anwar Ke Itali, Perancis, Brazil Perkukuh Prospek Pelaburan, Perdagangan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani and Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia bakal meraih manfaat besar daripada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali, Perancis dan Brazil, bukan sahaja menarik pelaburan berpotensi, malah memperluas pasaran eksport dalam kecenderungan dasar perlindungan daripada tarif Amerika Syarikat (AS) yang boleh menjejaskan perdagangan global.

WTO Perlu Diberi Nafas Baharu - PM Anwar

RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Malaysia menyokong penuh reformasi menyeluruh terhadap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

INSP MIHAS Sasar Perdagangan Halal Global Bernilai RM4.5 Bilion Libat 450 Pembeli Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Program Penyumberan Antarabangsa (INSP), yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan nilai urus niaga perdagangan halal global sebanyak RM4.5 bilion dengan penyertaan 450 pembeli antarabangsa.