BERITA TERKINI   Forum Ekonomi Malaysia 2026 dijadualkan pada 5 Feb ini bertujuan memperkukuh naratif Ekonomi MADANI, pastikan pertumbuhan inklusif dan mampan -- Menteri Ekonomi | Sesi pemukiman Kementerian Ekonomi akan diadakan pada 23-25 Jan, 2026, bagi menyelaras strategi dan KPI kementerian -- Menteri Ekonomi | Segala perancangan 2026 perlu berpaksikan Rancangan Malaysia Ke-13 sebagai kerangka utama pembangunan ekonomi negara -- Menteri Ekonomi | Penerbangan gantian MH21D dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris pada 5 petang waktu tempatan hari ini (8 Jan) - MAG | Pesawat penerbangan MH21 itu telah selamat mendarat pada 3.35 petang waktu tempatan di Paris - MAG | 

Terdapat 202 berita berdasarkan kata kunci carian " permintaan domestik"

Tiada Keperluan Mendesak Untuk Turunkan OPR, Prospek Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan - Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai ruang untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tetapi tiada keperluan mendesak untuk berbuat demikian berdasarkan prospek ekonomi negara yang berdaya tahan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid. 

Jurang Kadar Faedah FFR-OPR Mengecil, Daya Tahan Domestik Pemacu Momentum Ringgit

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit dilihat bergerak ke paras 4.00 hingga 4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025, selepas mengukuh enam peratus berbanding unit negara maju itu, sekali gus menjadikannya mata wang berprestasi terbaik dalam kalangan ASEAN selain mengesahkan lagi trajektori pengukuhannya.

Henti Dwistandard Terhadap Minyak Sawit, Kata Pengerusi MPOB

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Hipokrasi yang mengelilingi dasar persekitaran global mesti dihentikan, kata Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Mohamad Helmy Othman Basha.KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Hipokrasi yang mengelilingi dasar persekitaran global mesti dihentikan, kata Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Mohamad Helmy Othman Basha.

Penyelidikan Perbendaharaan Dan Pasaran CIMB Jangka BNM Kekal OPR Pada 2.75 Peratus Dalam Mesyuarat Terakhir MPC

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 6 November, disokong oleh petunjuk makroekonomi yang kukuh. 

Keuntungan Bersih Nestle Malaysia Bagi Suku Ketiga Meningkat Kepada RM114.0 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd (Nestle) meningkat kepada RM114.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 (S3 2025) daripada RM85.4 juta setahun sebelumnya. 

Harga Minyak Brent Lonjak Enam Peratus Dalam Sehari Selepas AS Sekat Dua Firma Rusia

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terbaharu ke atas dua syarikat minyak terbesar Rusia - Rosneft dan Lukoil, terbukti melonjakkan harga minyak mentah Brent sebanyak enam peratus dalam masa sehari ketika peniaga dan pihak penapis minyak bergelut mendapatkan bekalan alternatif, kata Rystad Energy.

CGS International Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2025 Malaysia Kepada 4.7 Peratus

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd telah menyemak semula unjurannya untuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2025 kepada 4.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y) daripada 4.2 peratus, dipacu oleh momentum pertumbuhan KDNK pada suku ketiga 2025.

KDNK Suku-3 Malaysia Diunjur Berkembang 5.2 Peratus - DOSM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -  Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.2 peratus pada Suku Ketiga 2025, peningkatan daripada pertumbuhan 4.4 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut anggaran awal keluaran dalam negara kasar (KDNK) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Perdagangan Malaysia Berdaya Tahan, Meningkat Semula Kepada RM257.51 Bilion Pada September

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama)  -- Perdagangan Malaysia terus menunjukkan pengukuhan pada September 2025, mengembang sebanyak 9.8 peratus tahun ke tahun kepada RM257.51 bilion, iaitu kembali meningkat daripada penguncupan dicatatkan pada bulan sebelumnya meskipun berdepan ketidaktentuan perdagangan global.

Pertumbuhan KDNK Malaysia Diunjur Kekal Lebih 4.0 Peratus Bagi 2026 -- MARC Ratings

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur dapat mengekalkan pertumbuhannya melebihi 4.0 peratus pada 2025 dan 2026, dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan selain projek infrastruktur dan pembaharuan struktur yang sedang dilaksanakan, kata agensi penarafan Malaysian Ratings Bhd.

Indeks Pengeluaran Perindustrian Dijangka Sederhana Sekitar 2.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd mengunjurkan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia akan berkembang sederhana sekitar dua peratus tahun ini berbanding 3.7 peratus pada 2024, berikutan permintaan luar yang perlahan dan peningkatan tarif Amerika Syarikat (AS).

Belanjawan 2026 Papar Peralihan Kepada Pertumbuhan Berpacu Pelaburan, Kekal Disiplin Fiskal - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 memaparkan peralihan penting dalam hala tuju ekonomi Malaysia, daripada penggunaan berteraskan subsidi kepada transformasi berteraskan pelaburan berikutan kerajaan meneruskan usaha konsolidasi fiskal di samping mengekalkan momentum pertumbuhan, kata ahli ekonomi.