Terdapat 516 berita berdasarkan kata kunci carian " peruntukan"

Sentimen Pasaran Meningkat Didorong Prestasi Kewangan Suku Ketiga Teknologi, Sarung Tangan Lebih Baik - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keputusan kewangan suku ketiga 2025 mencatatkan prestasi lebih baik berbanding suku kedua, menyokong sentimen pasaran berikutan pendapatan meningkat dalam sektor teknologi dan sarung tangan getah - kedua-duanya mencatatkan prestasi lemah pada separuh pertama 2025.

Chin Hin Beli Tanah Di Puncak Jalil Bernilai RM91 Juta Bagi Projek Perumahan Bertanah

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Chin Hin Group Property Bhd (CHGP) melalui anak syarikatnya Chin Hin Property (KL) Sdn Bhd (CHPKL) membeli dua bidang tanah pegangan pajak selama 99 tahun di Taman Puncak Jalil, Selangor bernilai RM91 juta untuk melaksanakan pembangunan perumahan bertanah.

Semico Capital Meterai Perjanjian Taja Jamin Untuk IPO

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Semico Capital Bhd memeterai perjanjian taja jamin bersama Affin Hwang Investment Bank Bhd bagi menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Perjanjian ART Tidak Jejas Kedaulatan Negara - Gobind

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) tidak menjejaskan kedaulatan negara sebaliknya memperkukuh kerjasama perdagangan digital, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo. 

Premier Abang Johari Umum Belanjawan Sarawak 2026 Sebanyak RM12.9 Bilion

KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Belanjawan Sarawak 2026 berjumlah RM12.9 bilion merangkumi RM7.3 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM5.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus, kata Premiernya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$124.1 Bilion Setakat 14 Nov

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$124.1 bilion setakat 14 Nov, 2025 berbanding US$123.8 bilion yang dicatatkan semasa 31 Okt, 2025.

Minggu Pulau Pinang Di Osaka Jana Potensi Pelaburan RM426 Juta

GEORGE TOWN, 19 Nov (Bernama) — Penganjuran Minggu Pulau Pinang di Pavilion Malaysia sempena Ekspo Dunia Osaka 2025 dijangka menjana potensi pelaburan berjumlah RM426 juta kepada negeri ini.

Kompleks R&D Lada Sarawak Akan Disiapkan Selepas Terima Peruntukan Baharu Daripada MOF

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Projek Kompleks Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Lada di Sarawak yang telah lama terbengkalai akan disiapkan susulan kelulusan peruntukan baharu daripada Kementerian Kewangan (MOF) untuk menyambung semula kerja-kerja pembinaannya.

Pengendali Akuarium Aquawalk Mula Disenaraikan Dengan Susut 1 Sen Dari Harga IPO

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Aquawalk Group Bhd yang membuat kemunculan sulung di Pasaran Ace Bursa Malaysia hari ini, mencatatkan harga pembukaan pada 30 sen sesaham, satu sen di bawah harga tawaran awam permulaannya (IPO) iaitu 31 sen dengan 26.49 juta saham diniagakan.

Perjanjian ART Malaysia-AS Sokong Perdagangan Stabil - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama)  -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) merupakan mekanisme berdaulat berasaskan peraturan yang memperkukuh keupayaan Malaysia untuk mengekalkan hubungan komersil yang stabil dan boleh diramal dengan ekonomi utama, terutamanya ketika tindakan tarif unilateral menjadi kebiasaan.

Kedaulatan, Kebebasan Dasar, Kepentingan Negara Kekal Terpelihara Sepenuhnya Di Bawah ART

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sekali lagi menegaskan bahawa kedaulatan, kebebasan dasar dan kepentingan negara Malaysia kekal terpelihara sepenuhnya di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat. 

CelcomDigi Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM341.23 Juta Pada Suku Ketiga 

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM341.23 juta bagi suku ketiga (S3) berakhir 30 September, 2025, daripada RM436.98 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.