BERITA TERKINI   Prabowo rombak Kabinet, lantik empat menteri baharu termasuk ketua kewangan, tubuh Kementerian Haji | Kerajaan Malaysia zahir ucapan takziah kepada seluruh rakyat Afghanistan yang terkesan akibat gempa bumi - TPM Ahmad Zahid | Gempa Afghanistan: Malaysia akan salur bantuan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) - TPM Ahmad Zahid | Kementerian Digital tekankan pembangunan Negara AI menjelang 2030, inisiatif GovTech dalam Belanjawan 2026 – Gobind Singh | KKM pandang serius serangan siber terhadap Pakar Patologi Forensik Dr Jessie Hui - Dr Dzulkefly | 

Terdapat 280 berita berdasarkan kata kunci carian "belanjawan 2025"

Kerajaan Komited Kurangkan Defisit Fiskal 3.8 Peratus Tahun Ini - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan terus komited dalam usaha mengurangkan defisit fiskal dengan unjuran 3.8 peratus pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Skim Jaminan SJPP, SJKP Beri Akses Pembiayaan Inklusif Kepada Sektor Gig - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) -- Ketahanan dan kemajuan ekonomi Malaysia bergantung kepada akses pembiayaan yang inklusif -- sesuatu yang mudah dianggap remeh oleh mereka yang bekerja dalam sektor formal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kerajaan Tambah Jaminan RM10 Bilion Bagi Skim Kredit Perumahan Bantu 20,000 Peminjam

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Skim Jaminan Kredit Perumahan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) akan ditingkatkan dengan tambahan jaminan RM10 bilion tahun ini sekali gus akan memberikan manfaat kepada lebih 20,000 peminjam.

Kerajaan Tawar Pelbagai Insentif Untuk Tarik Pelaburan Dalam Industri Nadir Bumi - MITI

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan komited membangunkan ekosistem industri nadir bumi (REE) merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran dengan menawarkan pelbagai insentif serta sokongan strategik bagi menarik lebih banyak pelaburan tempatan dan asing.

Pertumbuhan KDNK Cermin Pengembangan Ekonomi, Peningkatan Pekerjaan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada 2024 mencerminkan pengembangan ekonomi, peningkatan hasil dan pertambahan peluang pekerjaan kepada rakyat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

PM Singapura Bentang Belanjawan Negara, Tumpu Pertumbuhan Fasa Seterusnya

SINGAPURA, 18 Feb (Bernama) --Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong hari ini membentangkan Penyata Belanjawan 2025 republik itu yang bertujuan untuk memajukan agenda Forward Singapore.  

PMKS Utara Boleh Guna Pembiayaan MyCIF Untuk Kembang Perniagaan

BUKIT MERTAJAM, 18 Feb (Bernama) -- Usahawan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di wilayah utara digalakkan untuk meneroka peluang pembiayaan baharu melalui Malaysia Co-Investment Fund (MYCIF).

Pertumbuhan KDNK Malaysia Dijangka Kekal Kukuh 4.9 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 Peratus Perlihat Daya Tahan Dalam Ketidaktentuan Global 

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik dalam keadaan ketidaktentuan global.

Pelarasan Harga Lantai Belian Padi Bantu Pesawah Serap Kos, Tambah Pendapatan - MADA

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pelarasan harga lantai belian padi bukan sahaja berita gembira kepada pesawah, malah ia dapat membantu golongan itu menyerap kenaikan kos pengeluaran padi, seterusnya menambah pendapatan.

'Green Halal', Pencetus Perubahan Untuk Pertumbuhan Perniagaan - Alliance Islamic Bank

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Konsep ‘green halal’ (halal hijau) walaupun tidak diketahui ramai, memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan perniagaan dengan menggabungkan amalan halal dan mampan, kata Alliance Islamic Bank Bhd (AIS).

Kadar Caruman Rendah KWSP Bagi Pekerja Asing Bantu Kurangkan Perbelanjaan Gaji

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Keputusan kerajaan menetapkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing pada kadar dua peratus berbanding cadangan asal 12 peratus, dapat membantu majikan mengurangkan perbelanjaan gaji atau upah secara menyeluruh.