1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Malaysia mempunyai ekosistem semikonduktor paling kukuh di Asia Tenggara, sekali gus menjadikannya sebagai destinasi utama bagi kerjasama dalam kalangan pemain teknologi utama.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Moody’s Ratings telah menyemak naik unjuran Malaysia kepada A3 dengan prospek stabil, dipacu oleh eksport barangan berkaitan kecerdasan buatan (A) daripada negara ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- CIMB Bank Bhd menawarkan pakej pembiayaan kereta baharu kepada pembeli kereta kali pertama menerusi program “First Car Solution”, yang merangkumi kadar pembiayaan kompetitif, perlindungan insurans atau takaful serta kemudahan kad kredit CIMB.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka didagangkan dalam julat RM4,400 hingga RM4,650 satu tan pada Julai ini, disokong oleh prospek bekalan yang kian terhad di Indonesia serta peningkatan risiko El Nino, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam saham-saham berkaitan indeks, meskipun Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman.
1hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Lonjakan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) mencerminkan pengukuhan asas ekonomi negara.
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, pulih daripada penurunan ketara semalam dalam keadaan sentimen pasaran yang masih berhati-hati susulan keputusan dasar terkini Rizab Persekutuan AS (Fed).
1hari ago
JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) dengan mengenal pasti 83 projek pelaburan menerusi lapan industri keutamaan yang dijangka menjana pelaburan bernilai RM167.4 bilion.
1hari ago
BATU KAWAN, 18 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) Winner Sky Technology Sdn Bhd telah membuka kemudahan pembuatan baharu seluas 60,000 kaki persegi di Batu Kawan, menandakan satu peristiwa penting dalam trajektori pertumbuhan syarikat dan memperkukuh komitmen jangka panjangnya kepada Malaysia sebagai pangkalan untuk pembuatan elektronik bernilai tinggi.
1hari ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu bergerak lebih agresif dan berani dalam memperkukuh hubungan ekonomi dengan Rusia serta negara lain yang berpotensi memberikan manfaat kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) dan China Reinsurance Life Insurance Company Ltd (China Re Life) menandatangani perjanjian insurans semula untuk menyokong rangka kerja insurans semula yang pertama bagi perlindungan rawatan perubatan ketepatan kanser (CPM) di Malaysia.