Terdapat 63 berita berdasarkan kata kunci carian "eudr"

MSPO Sambut Baik Penangguhan Pelaksanaan EUDR

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menyambut baik penangguhan pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) sehingga akhir 2025.

Industri Sawit Perlu Fokus Produk Bernilai Tinggi, Kurang Bergantung Eksport Mentah

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia perlu beralih kepada produk bernilai tinggi seperti oleokimia dan biodiesel, dan bukan sekadar bergantung kepada eksport minyak mentah tanpa strategi nilai tambah yang kukuh.

MSPO 2.0 Perkukuh Kepimpinan Malaysia Dalam Pengeluaran Minyak Sawit Mampan - MPOC

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pelaksanaan Piawaian Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) MS2530:2022 (MSPO 2.0) memperkukuh kepimpinan Malaysia dalam pengeluaran minyak sawit mampan dan menguatkan kedudukannya di pasaran global, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Koko, Lada Kekal Berdaya Tahan Pada 2024, Unjuran Positif Bagi Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Koko dan lada meneruskan prestasi peningkatannya pada 2024, didorong oleh permintaan global yang ketara selain usaha kerajaan dalam melonjakkan pertumbuhan komoditi berkenaan.

Majlis EU Secara Rasmi Terima Penangguhan Setahun Peraturan Penyahhutanan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Majlis Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi menerima penangguhan pelaksanaan peraturan penyahhutanan EU selama setahun.

Duta Malaysia Saran Syarikat Pacu Masa Depan Mampan Industri Minyak Sawit

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 5 Dis (Bernama) -- Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin menggesa syarikat berkaitan kerajaan Malaysia dan perniagaan utama Indonesia memanfaatkan kepakaran kolektif mereka untuk mewujudkan masa depan lebih cerah dalam industri minyak sawit sebagai pemacu ekonomi dan model untuk pembangunan mampan.

Pasaran Getah Diniagakan Positif Minggu Depan Berikutan Kelewatan EUDR

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menjangkakan pasaran getah diniagakan secara positif minggu depan, berikutan kelewatan dalam pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga. 

Untung Bersih Suku Ketiga Johor Plantations Naik Kepada RM77.11 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM77.11 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 (S3 2024) daripada RM68.28 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

FGV Sifatkan Penangguhan EUDR Sebagai Peluang Giatkan Usaha Kelestarian

Daripada Nur Athirah Mohd Shaharuddin

SUNGKAI, 8 Nov (Bernama) -- FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.

FGV Rancang Eksport CPKO Ke Eropah Menerusi Pelanggan Produk Akhir

Daripada Nur Athirah Mohd Shaharuddin

SUNGKAI, 8 Nov (Bernama) -- FGV Holdings Bhd akan memanfaatkan asas pelanggan sedia adanya dalam usaha mengeksport produk minyak isirung sawit mentah (CPKO) ke Eropah pada akhir tahun ini.

Harga MSM Diunjur Meningkat 6.3 Peratus Pada 2025, Purata RM4,250 Satu Tan - AmInvest

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengukuh pada 2025, dengan purata RM4,250 satu tan, mewakili peningkatan 6.3 peratus tahun ke tahun, menurut AmInvestment Bank Bhd (AmInvest).