Terdapat 5405 berita berdasarkan kata kunci carian "kl"

Polymer Link Sasar Pertumbuhan Di Australia Selepas Buka Kemudahan Gudang Baharu

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pengeluar serbuk plastik, Polymer Link Holdings Bhd menyasarkan pertumbuhan di Australia susulan penyewaan kemudahan gudang baharu di sana.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot kepada 0.36 peratus pada tengah hari, diheret turun oleh Maybank, CIMB dan 99 Speed Mart.

My Digital ID Sasar 17 Juta Akaun Menjelang Hujung Tahun

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- My Digital ID Sdn Bhd menyasarkan 17 juta akaun MyDigital ID didaftarkan menjelang hujung tahun ini, selari dengan peningkatan penggunaan identiti digital dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kee Ming Sasar Pertumbuhan Dalam Sektor TBB, Pusat Data Dalam Tempoh Terdekat

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kee Ming Group Bhd yang membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini menyasarkan pertumbuhan berterusan dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB), kemudahan ketersambungan dan voltan tinggi (HV), pembangunan pusat data serta reka dan bina projek perindustrian dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi Wall Street, manakala jumlah dagangan yang lebih rendah menunjukkan kekurangan penyertaan runcit menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Khamis.

MOF: Tiada Penalti e-Invois Ke Atas PMKS Dalam Tempoh Peralihan

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tidak dikenakan penalti sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada keperluan e-Invois yang berlaku dalam tempoh peralihan e-Invois dengan syarat peniaga telah mematuhi ketetapan yang dinyatakan.

Tiada Isu Kawal Selia Tertunggak Terhadap Binance – MOF

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Berdasarkan penilaian semasa dan langkah-langkah pematuhan yang telah diambil, setakat ini tiada isu kawal selia tertunggak berkaitan Binance yang memerlukan tindakan lanjut daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menurut Kementerian Kewangan (MOF).

SC Sedang Muktamad Rangka Kerja Bagi Skop, Kehendak Pelesenan Aktiviti Amanah Tunai

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang memuktamadkan rangka kerja bagi menjelaskan skop dan kehendak pelesenan bagi aktiviti skim Amanah Tunai yang melibatkan pelaburan di dalam produk pasaran modal, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Pos Malaysia Sambut Baik Kajian MyCC, Tekankan Dominasi Platform e-Dagang

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd menyambut baik Kajian Pasaran Ekonomi Digital Malaysia yang dijalankan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), yang menyediakan penilaian berasaskan bukti mengenai persaingan dalam subsektor utama.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya ditutup rendah hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Belian Saham Mewah Terpilih

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata sebuah firma pembrokeran.