BERITA TERKINI   Kerajaan perkukuh usaha banteras ketirisan, penyeludupan melalui pengaktifan Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Antara Agensi Penguatkuasaan - TPM Fadillah | 

Terdapat 824 berita berdasarkan kata kunci carian "komoditi"

MPOB Lancar Portal Harga Minyak Masak Terpakai, Perkasa Ekonomi Kitaran

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggalakkan penggiat industri dan orang ramai untuk mengambil bahagian secara aktif dalam perdagangan minyak masak terpakai (UCO) sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong ekonomi kitaran negara.

Serangan Terhadap Kemudahan LNG Qatar, Risiko Gangguan Bekalan Di Asia

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Negara-negara di Asia-Pasifik kini menghadapi peningkatan risiko kekurangan fizikal, bukan sahaja tenaga, susulan serangan terbaharu Iran terhadap kemudahan LNG Ras Laffan Qatar termasuk minyak dan gas serta baja dan berpotensi melibatkan kemudahan pengeluaran makanan pada akhir tahun ini.

Niaga Hadapan MSM Naik Dipacu Tenaga, Jangkaan Biodiesel Indonesia

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan harga tenaga dan jangkaan dasar biodiesel Indonesia.

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Selepas Fed AS Kekalkan Kadar Faedah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk mengekalkan kadar faedah, memberikan sokongan kepada mata wang AS itu.

Kenanga IB Naikkan Unjuran Inflasi 2026 Kepada 2.1 Peratus

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran inflasi 2026 kepada 2.1 peratus daripada 1.9 peratus susulan konflik di Asia Barat yang berterusan, meskipun subsidi tenaga dan pengukuhan ringgit terus membantu mengawal harga.

Kedudukan Makroekonomi Malaysia Lebih Kukuh Hadapi Kejutan Berbanding Era Pandemik 

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit Malaysia yang lebih kukuh membantu mengurangkan kesan kenaikan harga import global, walaupun paras liputan import negara telah menurun berbanding paras prapandemik COVID-19, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.

Jumlah Perdagangan Malaysia Meningkat Kepada RM245.2 Bilion Pada Februari 2026

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 9.5 peratus kepada RM245.2 bilion pada Februari 2026 daripada RM223.9 bilion setahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini ketika pasaran menunggu keputusan daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat berserta dengan penurunan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Kenaikan COMEX AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih tinggi pada Selasa menjejaki kenaikan yang dicatatkan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

RISDA Perkukuh Industri Getah Melalui Agenda Pembeli Getah Utama

KUALA LUMPUR,17 Mac (Bernama) -- Dalam tempoh pelaksanaan aktif agenda Pembeli Getah Utama sejak awal Januari 2026, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah membeli dan mengumpul 1,197.77 tan getah dengan nilai belian terkumpul RM3.79 juta setakat Februari.

Sektor Domestik Kekal Berdaya Tahan Dalam Ketidaktentuan Harga Minyak - Maybank IB

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sektor domestik Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun pasaran tidak menentu dalam masa terdekat, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).