Terdapat 416 berita berdasarkan kata kunci carian "peluang pekerjaan"

Malaysia Perketat Libat Urus REE, Mahu Rantaian Nilai Penuh Dibangunkan Dalam Negara - Johari

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pembangunan industri nadir bumi (REE) akan melalui proses libat urus yang ketat di peringkat kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan rantaian nilainya dibangunkan di dalam negara.

Banci Ekonomi 2026 Sasar 1.2 Juta Pertubuhan Di Malaysia -- DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kira-kira 1.2 juta pertubuhan di seluruh Malaysia bakal terlibat dalam Banci Ekonomi 2026 (BE2026), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

EXIM Bank Malaysia, MNS Bekerjasama Pertingkat Pengurusan Risiko Kredit

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) dan MNS Credit Management Group Pte Ltd telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kerjasama dalam pengurusan risiko kredit dan pemulihan hutang.

PTM Labur RM2.6 Bilion Bina Kilang Pengeluaran Tayar Mesra Alam Di Kedah Rubber City

ALOR SETAR, 18 Nov (Bernama) -- Prinx Tire (Malaysia) Sdn Bhd (PTM) akan melaksanakan pelaburan kumulatif berjumlah RM2.6 bilion dalam tempoh 15 tahun untuk membangunkan sebuah kilang pengeluaran tayar pintar dan mesra alam di Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap, dekat sini.

ART Dijangka Buka Akses Bebas Tarif Kepada PKS Tempatan Termasuk Pulau Pinang - Chow

GEORGE TOWN, 18 Nov (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) dijangka membuka peluang akses bebas tarif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) halal tempatan termasuk Pulau Pinang ke pasaran AS.

MITI Perhalusi Pelaburan Di Sabah, Elak Jadi 'Assembly Hub' Semata-mata

KOTA KINABALU, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang memperhalusi beberapa cadangan pelaburan berteknologi tinggi di Sabah termasuk dalam sektor semikonduktor bagi memastikan negeri itu tidak menjadi hab pemasangan (assembly hub) semata-mata.

Malaysia Kemudi ASEAN Tangkas Tangani Peralihan Perdagangan Global -- Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia mengambil tindakan pantas dan melibat urus dengan negara anggota ASEAN lain untuk merangka apa yang perlu dilakukan rantau itu susulan perubahan mendadak dalam sentimen perdagangan global tahun ini, terutamanya berkaitan tarif baharu Amerika Syarikat (AS).

Laporan Suku Ketiga MITI: Eksport Kukuh, Pelaburan Digital Catat Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan yang kukuh, dengan eksport dan pelaburan digital masing-masing mencatatkan pertumbuhan positif berlandaskan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Alumni Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan Catat Jualan Tahunan RM39.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Alumni Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (PPSPP) mencatatkan jualan tahunan sebanyak RM39.5 bilion pada 2024, peningkatan 20 peratus berbanding 2023.

Johor Bentang Belanjawan 2026 Berjumlah RM2.546 Bilion, Lebihan RM4.45 Juta

ISKANDAR PUTERI, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.546 bilion yang meningkat berbanding RM1.999 bilion pada 2025 dengan menumpukan usaha menjamin kebajikan, kesejahteraan Bangsa Johor serta mengukuhkan kedudukan fiskal negeri.

ECRL Dijangka Lonjak Unjuran KDNK Terengganu Kepada RM48.2 Bilion Menjelang 2040

KUALA TERENGGANU, 12 Nov (Bernama) -- Unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Terengganu dijangka meningkat kepada RM48.2 bilion menjelang 2040 berbanding RM34 bilion pada 2020 susulan pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Timor-Leste Sasar Rakan Kongsi ASEAN Bagi Projek Greater Sunrise

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Timor-Leste mempelawa pelabur ASEAN untuk menyertai pembangunan projek medan gas Greater Sunrise, yang dijangka membuka peluang pelaburan baharu dan memperkukuh penyertaan industri tempatan, kata Duta Besarnya ke Malaysia Lisualdo Gaspar.