Terdapat 540 berita berdasarkan kata kunci carian "pengeluaran"

Pengeluaran Gas Asli Malaysia Meningkat 3.0 Peratus Pada 2024 -- Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pengeluaran Gas asli Malaysia meningkat tiga peratus kepada 2,948.8 bilion kaki padu pada 2024, pulih semula daripada penurunan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini dalam persekitaran peniaga menunggu maklumat lanjut mengenai pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Dewan Rakyat Lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025

KUALA LUMPUR, Mac 3 (Bernama) -- Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2024) 2025 bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan berjumlah RM20,191,299,500 daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Green Excel Lancar Kemudahan Pembuatan Tercanggih Di Perak

IPOH, 3 Mac (Bernama) -- Green Excel Manufacturing Sdn Bhd (GEM) melancarkan kemudahan pembuatan tercanggih di Taiping pada 1 Mac lepas, membuktikan komitmennya terhadap inovasi, kualiti dan pertumbuhan operasi global dan tempatannya.

IPP Malaysia Pada Februari Cecah 49.7, Tertinggi Dalam Tempoh Sejak Ogos 2024 - S&P Global

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan Malaysia oleh S&P Global yang terlaras secara bermusim meningkat kepada 49.7 pada Februari 2025, bacaan tertinggi dalam tempoh sejak Ogos tahun lepas, menurut S&P Global.

KWSP Jadikan Alokasi Aset Strategik Sebagai Asas Pelaburan Masa Depan - KPE

SHAH ALAM, 1 Mac (Bernama) -- Pelaburan masa depan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan berpandukan peruntukan atau Alokasi Aset Strategik (SAA) yang melibatkan kitaran pelaburan tiga tahun dan diteliti semula setiap tiga tahun.

Pembayaran Dividen KWSP Bakal Pacu Aktiviti Ekonomi, Sokong Pertumbuhan Negara

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membayar dividen 6.30 peratus bagi 2024 dijangka dapat merangsang aktiviti ekonomi selain menyumbang kepada pertumbuhan negara, kata ahli ekonomi.

Kadar Dividen KWSP 6.30 Peratus Adalah Tertinggi Dalam Tempoh Tujuh Tahun - CEO

SHAH ALAM, 1 Mac (Bernama) -- Kadar dividen 6.30 peratus yang diumumkan untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi 2024 adalah yang tertinggi untuk tempoh sejak 2017, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Ahmad Zulqarnain Onn.

Pasaran Getah Kekal Tidak Menentu Minggu Depan Berikutan Kebimbangan Bekalan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal tidak menentu minggu depan selepas menerima penunjuk bercampur-campur dari pasaran serantau dan kebimbangan terhadap kekangan bekalan, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia.  

Sarawak Teroka Penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari 

KUCHING, 28 Feb (Bernama) -- Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi dan pusat penyelidikan dalam industri berkenaan.

Syarikat Sabah Jalin Kerjasama Dengan Schlumberger Bagi Penyertaan Lebih Luas

LABUAN, 28 Feb (Bernama) --  Nawie Oilfield Services Sdn Bhd (NOS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Schlumberger Malaysia Sdn Bhd (SLB) untuk meningkatkan penyertaannya dalam industri minyak dan gas di Sabah.

Tiada Cadangan Naikkan Paras Harga Pengaktifan IPG Melebihi RM3 Sekilogram - KPK

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) pada masa ini tidak bercadang untuk menaikkan kadar atau Paras Harga Pengaktifan (PHP) Insentif Pengeluaran Getah (IPG) melebihi RM3 sekilogram.