2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, melonjak lebih RM4,500 satu tan yang juga paras tertinggi sejak Oktober lepas.
2bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara keseluruhannya pada Isnin sejajar dengan penjualan meluas di pasaran serantau apabila konflik yang semakin meruncing di Timur Tengah menjejaskan sentimen pelabur dan menimbulkan semula kebimbangan mengenai inflasi global.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan baik bagi menangani impak ekonomi susulan konflik di Timur Tengah, termasuk sokongan daripada status negara sebagai pengeksport bersih tenaga selain mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran pelancongan Malaysia yang pelbagai dan penekanan yang semakin meningkat terhadap kemampanan dalam industri perhotelan dijangka berupaya menjadi penampan kepada kesan konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah ke atas sektor pelancongan negara.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau serta kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan peningkatan harga eksport berbanding harga import.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bank pelaburan mengunjurkan harga minyak mentah Brent boleh menurun kepada US$70–90 setong (bbl) (US$1 = RM3.95) selepas melebihi US$100/bbl untuk tempoh yang singkat berikutan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang mempertingkatkan usaha untuk membantu syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak serta gas (OGSE) Malaysia meneroka pasaran baharu dan baru muncul di seluruh Asia, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, sejajar dengan pasaran serantau, selepas harga Brent crude melonjak melebihi US$115 setong seiring ketegangan berterusan antara AS, Israel dan Iran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Prestasi ekonomi Malaysia tahun lepas yang merekodkan pertumbuhan 5.2 peratus, dijangka menjadi penampan negara daripada ketidaktentuan ekonomi global dan mengukuhkan prestasi pada suku pertama tahun ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dijangka kekal antara 4.0 hingga 4.5 peratus meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar, kata Timbalan Menteri Ekonomi Mohd Shahar Abdullah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan langkah mengelak risiko yang meningkat mengukuhkan mata wang itu selepas harga minyak mentah Brent melonjak 15.5 peratus kepada US$107.04 setong, kata penganalisis.