Terdapat 457 berita berdasarkan kata kunci carian "usahawan"

Minggu Pulau Pinang Di Osaka Jana Potensi Pelaburan RM426 Juta

GEORGE TOWN, 19 Nov (Bernama) — Penganjuran Minggu Pulau Pinang di Pavilion Malaysia sempena Ekspo Dunia Osaka 2025 dijangka menjana potensi pelaburan berjumlah RM426 juta kepada negeri ini.

Pembayaran QR Rentas Sempadan ASEAN Catat 12.9 Juta Transaksi Pada Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pembayaran rentas sempadan ASEAN menggunakan sistem kod Respons Pantas (QR) mencatatkan lonjakan dengan mencapai 12.9 juta transaksi pada separuh pertama 2025, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

OSK Property Bakal Lancar Bayu68 Sebagai Hab Komersil Pertama Iringan Bayu Di Seremban

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- OSK Property bakal melancarkan Bayu68, pembangunan komersil pertama di perbandaran OSK Iringan Bayu seluas 1,717 ekar di Seremban, berfungsi sebagai hab perniagaan untuk komuniti sedia ada dan populasi kawasan yang semakin meningkat serta kawasan perumahan berdekatan.

WE2025 Sasar Potensi Dagangan RM100 Juta, Tarik 10,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- WE2025: Future in Motion yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Nov ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dijangka menjana potensi perdagangan sehingga RM100 juta.

Malaysia, Kemboja Perkukuh Hubungan Dagang Menerusi Misi Diterajui MATRADE

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia merancang untuk memperkukuh penglibatan perdagangannya dengan Kemboja, antara ekonomi yang sedang berkembang pesat di ASEAN melalui misi pemerkasaan eksport ke negara itu dari 25 hingga 27 November.

BNM Perkukuh Sistem Keselamatan Digital, Tangani Penipuan Kewangan Melalui NSRC

GEORGE TOWN, 16 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersama agensi penguat kuasa akan terus memperkukuh sistem keselamatan digital dan mempercepat tindakan menerusi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) bagi memastikan penipuan kewangan dapat dibanteras.

PKS Peroleh Pembiayaan Lebih 1.6 Bilion Daripada Program Usahawan OCBC

KUCHING, 14 Nov (Bernama) -- OCBC Malaysia berkata Program Usahawan Bersiri telah mendapat momentum yang kukuh dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selepas memperoleh lebih RM1.6 bilion pembiayaan diluluskan sejak fasa pertamanya bermula lebih setahun lepas.

Simpanan Patuh Syariah KWSP Bersihkan Pendapatan, Dividen Kekal Kompetitif

SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Simpanan patuh syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan sahaja membersihkan pendapatan, malah memberi pulangan dividen yang lebih kompetitif dan tidak merugikan pencarum. 

Projek Eco Business Park 7 Dengan GDV RM3 Bilion Pacu Pertumbuhan Industri N. Sembilan

NILAI, 11 Nov (Bernama) -- Projek Eco Business Park 7 (EBP 7) dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM3 bilion dijangka menjadi pemangkin baharu pertumbuhan ekonomi dan perindustrian Negeri Sembilan di bawah pelan induk Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0).

Sawit : Kerajaan Perluas Skop CAPOC 2026, Perkukuh Akses Eksport Ke Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Skop pembiayaan program Menangani Kempen Anti Minyak Sawit (CAPOC) pada 2026 akan diperluas bagi memperkukuh akses pasaran dan meningkatkan eksport ke pasaran antarabangsa yang menjadi keutamaan, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Lima Wilayah Koridor Tarik Pelaburan Sebenar RM87.56 Bilion Sehingga 31 Okt

KUALA LUMPUR, 10 Nov  (Bernama) -- Lima wilayah koridor ekonomi negara telah berjaya menarik pelaburan sebenar berjumlah RM87.56 bilion dalam tempoh 10 bulan tahun ini, kata Menteri Kewangan II yang juga memangku tugas Menteri Ekonomi Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

NIMP 2030 Bakal Lonjak Sabah Sebagai Hab Pembuatan Hiliran Dan Tenaga Boleh Baharu - Zafrul

KOTA KINABALU, 8 Nov (Bernama) -- Sabah terus mencuri tumpuan sebagai hab pelaburan baharu negara apabila mencatat nilai pelaburan diluluskan berjumlah RM11.37 bilion dalam pelbagai sektor ekonomi untuk tempoh Januari hingga Jun 2025.