9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi pada pagi Isnin menjejaki prestasi Wall Street yang positif minggu lepas berikutan sentimen pasaran baharu selepas pelabur tidak mengambil kira kebimbangan berkaitan tarif, kata penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat semula untuk mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh kenaikan yang dicatatkan kaunter utiliti serta produk dan perkhidmatan pengguna.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah selepas mencatatkan kenaikan sebelumnya berikutan Wall Street mengalami penurunan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memperhebat ‘serangan tarif’ terhadap Kesatuan Eropah (EU).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal dagangan pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman selepas beberapa hari mencatatkan penjualan.
10bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus mencatatkan penurunan, melepasi paras sokongan 1,490-1,500, didorong oleh kebimbangan pelabur yang meningkat terhadap kesan potensi pertikaian perdagangan global yang semakin memuncak.
10bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Rabu susulan tekanan jualan bagi saham perkhidmatan kewangan dan perladangan terpilih, di tengah-tengah ekuiti Amerika Syarikat (AS) terus berdepan ketidaktentuan berikutan kemungkinan berlakunya kemelesetan di negara maju itu.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya pada Rabu, menjejaki penurunan ketara dialami Wall Street serta pasaran serantau ketika ketidaktentuan ekonomi terus menjejaskan sentimen pelabur.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) menyelesaikan terbitan semula sukuk jangka pendek dengan agregat US$1.21 bilion (US$1=RM4.41) melibatkan tiga tempoh berbeza masing-masing satu, tiga dan enam bulan.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh kaunter utiliti, telekomunikasi dan media serta sektor perkhidmatan kewangan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Maybank Research Pte Ltd mengulangi pendirian bahawa Malaysia mungkin menerima satu langkah penarafan positif daripada S&P, Moody’s atau Fitch menjelang pertengahan 2026 sekiranya momentum prestasi fiskal yang baik dapat dikekalkan sehingga 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Majoriti bank Malaysia mendapat penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) yang melebihi penanda aras purata, selaras dengan piawaian antarabangsa dan menyaingi bank-bank Singapura, kata CIMB Securities Sdn Bhd.