Terdapat 5868 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Seiring Kenaikan Di Bursa Komoditi New York

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Laporan Inflasi AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila peserta pasaran menunggu laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan lewat malam ini.

Gamuda Peroleh Dua Projek Di Australia, Catat Nilai Perolehan Kontrak Tertinggi RM46 Bilion

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Gamuda Bhd memperoleh dua lagi kontrak di Australia menerusi anak syarikat milik penuhnya, menjadikan nilai perolehan kontrak dalam tangan kumpulan itu mencatatkan rekod tertinggi sebanyak RM46 bilion. 

Kontrak Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi, Seiring Kenaikan Di Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, sejajar dengan kenaikan di pasaran tunai.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan hari ini dengan sentimen kukuh, menamatkan penyusutan sebelumnya berikutan kenaikan indeks petunjuk pasaran yang didorong oleh saham sektor perindustrian dan pengguna.

Aktiviti Belian Saham Wajaran Tinggi Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, mengatasi prestasi pasaran serantau susulan kemunculan aktiviti belian bagi saham wajaran tinggi terpilih, terutama kaunter produk perindustrian, pengguna dan perkhidmatan.

Malaysia Tawar Pinjaman Perumahan Paling Mesra Peminjam Di Asia Pasifik - Juwai IQI

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pasaran pinjaman perumahan Malaysia diiktiraf sebagai paling mesra peminjam dalam kalangan enam negara Asia Pasifik, mengatasi Indonesia, Vietnam, Thailand, Korea Selatan dan Jepun, kata kumpulan teknologi hartanah antarabangsa, Juwai IQI.

SME Bank Perkasa Ekosistem PMKS, Salur Pembiayaan Lebih RM50 Bilion Sejak 2005

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Bhd (SME Bank) menyalurkan pembiayaan bernilai lebih RM50 bilion kepada kira-kira 26,000 usahawan sejak penubuhannya pada 2005, sekali gus membina legasi sokongan keusahawanan yang transformatif serta menyumbang kepada pembangunan negara.

2025: Memacu Transformasi Tenaga Malaysia, Memperkasa Masa Depan ASEAN

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Tahun 2025 merupakan tahun yang menarik untuk Malaysia, mencetuskan idea baharu dan memacu pertumbuhan merentas sektor tenaga.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Semalaman Wall Street

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kelemahan semalaman yang dicatatkan oleh pasaran Wall Street.

Ringgit Dibuka Hampiri Paras Tertinggi Lima Tahun Pada 4.07 Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka mengukuh pada paras 4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun walaupun dolar AS meningkat ketika penggiat pasaran terus meneliti hala tuju dasar bank pusat negara maju itu.

Desakan Untuk EV Domestik Angkat Sektor Automotif Malaysia 2025 Ke Tahap Lebih Tinggi

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) – Industri automotif Malaysia melalui satu peralihan yang hebat pada tahun ini, berkembang daripada industri pemasang dan pasaran pengguna kenderaan kepada hab automotif bersepadu yang bersedia untuk kenderaan elektrik dan dipacu oleh rantaian bekalan.