BERITA TERKINI   Rancangan Pendidikan Negara 2026: Mantapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama, beri tumpuan kepada bahasa lain - PM Anwar | Ujian Tahun 4 diperkenalkan mulai tahun ini, tumpuan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains - PM Anwar | Semua sekolah kebangsaan perlu sediakan guru mencukupi untuk mengajar pilihan Bahasa Cina, Tamil dan Arab - PM Anwar | Semua pelajar termasuk di sekolah antarabangsa, agama rakyat dan tahfiz wajib ambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia - PM Anwar | Titah Agong: Kerajaan akan perkemas pendidikan Bahasa Melayu agar penguasaannya ditingkatkan - PM Anwar | 

Terdapat 753 berita berdasarkan kata kunci carian " rangka kerja"

Kepengerusian ASEAN: Malaysia Komited Pacu Pelaksanaan DEFA - Gobind

KUALA LUMPUR, 17 April  (Bernama) -- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, komited untuk memastikan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) dapat dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo. 

Anwar, Paetongtarn Komited Tangani Isu Tarif AS Secara Kolektif Di Peringkat ASEAN

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 17 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengesahkan komitmen masing-masing untuk menangani isu tarif Amerika Syarikat (AS) secara kolektif di peringkat ASEAN.

ASEAN Perlu Percepat Usaha Integrasi Ekonomi - PM Singapura

SINGAPURA, 16 April (Bernama) -- Singapura menyeru pengintegrasian ekonomi di ASEAN dipercepatkan, dengan menggesa blok itu untuk menyasarkan penghapusan 100 peratus tarif di seluruh rantau ini, meningkatkan perdagangan intra-ASEAN, dan seterusnya mengurangkan halangan bukan tarif bagi membolehkan operasi perniagaan yang lebih lancar di seluruh rantau ini.

China Kekal Rakan Penting Malaysia Dalam Kekalutan Sistem Perdagangan Global - PM Anwar

PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan China kekal sebagai rakan dagang paling penting Malaysia lebih-lebih lagi dalam keadaan kekalutan sistem perdagangan global ketika ini susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS).

IATA Seru Kerajaan Tingkat Pengeluaran SAF Melalui Rangka Kerja Dasar

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk melaksanakan rangka kerja dasar bagi mengurangkan kos dan meningkatkan pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF), dengan alasan bahawa jumlah SAF masih jauh di bawah paras ideal selain kos pengeluarannya yang masih tinggi.

SAS Mahu Adaptasi Strategi Pengurusan Risiko & Pematuhan Rantau Lain Pacu Sektor Perbankan

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Firma analisis dan kecerdasan buatan (AI) global, SAS Institute Inc berhasrat untuk mengadaptasi strategi pengurusan risiko dan pematuhan yang berjaya dari pasaran serantau lain bagi merangsang pertumbuhan industri perbankan dan perkhidmatan kewangan di Malaysia.

Lawatan Presiden Xi Papar Komitmen China Perkukuh Hubungan Dengan Malaysia, ASEAN

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia memaparkan komitmen Beijing dalam mengukuhkan lagi hubungan dengan ASEAN, melonjakkan kerjasama serantau selain meningkatkan hubungan dua hala negara itu dengan Putrajaya.

Malaysia Mahu Ketengah Dasar Mampan Di Serata ASEAN - Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia komited dalam usaha memacu peralihan hijau yang bukan setakat merangkumi kawasan sempadannya, malah di serata Asia Tenggara selain akan terus mengetengahkan dasar, teknologi serta amalan mampan yang memberi manfaat ke atas seluruh rantau itu.

Pemimpin ASEAN Akan Ke Washington, Berunding Sebagai Satu Blok Dan Nyatakan Pendirian Bersama

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini telah meminta melalui Kementerian Luar, membincangkan isu tarif pada sidang kemuncak khas Amerika Syarikat (AS)-ASEAN.

ASEAN Akan Tubuhkan Semula Pengaturan Swap ASEAN Bagi Pertingkat Daya Tahan Kewangan - Kenyataan Bersama

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN berhasrat untuk menubuhkan semula Pengaturan Swap ASEAN (ASA) bagi meningkatkan jaringan keselamatan dan daya tahan kewangan di rantau ini, menurut kenyataan bersama Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12.

FMM Gesa Kerajaan Bertindak Lindungi Sektor Pembuatan Berikutan Penangguhan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah tegas sepanjang penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi asas-asas industri dan daya saing jangka panjang Malaysia, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Airbus, AMIC Bekerjasama Kaji Rantaian Bekalan SAF Di Asia Pasifik

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Airbus dan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC)  memeterai satu perjanjian kerjasama penyelidikan dan teknologi bagi meneliti rantaian bekalan bahan api penerbangan mampan (SAF) di serata Asia Pasifik.