8bulan ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 27 April (Bernama) -- Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) perlu teguh dalam mendukung prinsip multilateralisme dan menangani cabaran seperti dasar perlindungan perdagangan dan langkah-langkah meliputi tarif balas yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan prospek berhati-hati minggu depan, bergerak dalam jajaran kecil antara 1,513 dan 1,515 berikutan pelabur menunggu kejelasan mengenai respons strategik Malaysia terhadap pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini daripada sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Petronas Energy & Gas Trading Sdn Bhd (PEGT) akan menyediakan tambahan 24 juta kaki padu standard setiap hari (MMscfd) gas ke zon terpencil di Puchong City Gate, bagi membantu kawasan yang terjejas akibat insiden saluran paip di Putra Heights baru-baru ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd telah menerima laporan daripada beberapa broker yang mendakwa pelanggan gagal melakukan log masuk serta insiden akses dan aktiviti perdagangan tidak dibenarkan menerusi akaun dagangan dalam talian pelanggan yang terhad.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- ASEAN khususnya Malaysia menawarkan peluang kepebagaian pasaran kepada Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) bagi mengembangkan capaian perdagangannya, kata Ketua Delegasi Switzerland Thomas Aeschi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar Malaysia bagi 2025 kepada 4.1 peratus daripada 4.7 peratus sebelumnya, mencerminkan semakan penurunan yang lebih meluas di seluruh rantau ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Astro memperkukuh kedudukannya dengan pelancaran kempen BIZone Rewards, inisiatif yang dikhususkan untuk membantu outlet makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih menarik sekali gus meningkatkan jumlah pelanggan serta menaikkan imej dan nilai jenama mereka.
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) sedang meninjau kemungkinan mempercepatkan garis masa pemerolehan pesawat Boeing pesanannya selepas slot itu dilepaskan oleh syarikat penerbangan China susulan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada hari kedua Syawal baru-baru ini yang memusnahkan dan menjejaskan banyak kediaman, jelas menjadi peringatan perit untuk pemilik memberi pertimbangan serius menginsuranskan aset itu serta kandungannya dalam mengurangkan kerugian akibat bencana.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd mengumumkan penyambungan semula penerbangan terus ke Brisbane, ibu negeri Queensland, Australia mulai 29 Nov ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Fitch Ratings menurunkan unjuran pertumbuhan global bagi 2025 dengan ketara sebanyak 0.4 mata peratusan (pp), manakala unjuran bagi China dan Amerika Syarikat (AS) dikurangkan sebanyak 0.5 pp pada laporan suku tahun Global Economic Outlook edisi Mac.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Fitch Ratings mengekalkan pandangan neutral untuk sektor perbankan merentas beberapa negara di Asia Pasifik (APAC) termasuk Malaysia dengan menyatakan bahawa ia lebih berdaya tahan terhadap tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi.