Terdapat 601 berita berdasarkan kata kunci carian " bandar"

KUSKOP Salur RM6.45 Bilion Pembiayaan Kepada 612,692 Usahawan Setakat Sept 2024

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) berjaya membantu seramai 612,692 usahawan melibatkan nilai pembiayaan berjumlah RM6.45 bilion bagi tempoh Januari hingga 30 September tahun ini.

Rackson Group Bakal Ubah Landskap Bayan Lepas Dengan Projek GDV Bernilai RM1.5 Bilion

GEORGE TOWN, 23 Nov (Bernama) -- Rackson Group melancarkan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.5 bilion di Bayan Lepas, terdiri daripada hotel Le Meridien Penang Airport dan pangsapuri berperkhidmatan Avion.

PKNS Lancar Projek Hartanah Dengan GDV Bernilai RM1.5 Bilion Pada 2025

CYBERJAYA, 23 Nov (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melancarkan kira-kira 12 projek hartanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.5 bilion pada 2025, mencerminkan komitmennya untuk memajukan pasaran hartanah Selangor, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Mahmud Abbas.

Pulau Pinang Sambut Ketibaan Penerbangan Terus Pertama HK Express Dari Hong Kong

GEORGE TOWN, 22 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang menyambut ketibaan penerbangan terus yang pertama Hong Kong Express (HK Express) dari Hong Kong pada Jumaat, sekali gus menandakan satu pencapaian dalam pembangunan pelancongan negeri.

WCT Raih Anugerah Pencapaian Antarabangsa Di MCIEA 2024

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- WCT Bhd, yang merupakan bahagian kejuruteraan dan pembinaan WCT Holdings Bhd (WCT) telah menggondol Anugerah Pencapaian Antarabangsa pada Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 membabitkan kejayaan penyiapan Projek Pembangunan Lusail di Doha, Qatar.

E&O Lancar Pelan Induk Pulau Andaman

GEORGE TOWN, 20 Nov (Bernama) -- Pemaju hartanah Malaysia, Eastern & Oriental Berhad (E&O) melancarkan pelan induk dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM60 bilion bagi pembangunan bandar terbaharunya, Pulau Andaman semalam.

Penyertaan Global Dalam Smart Nation Expo 2024 Bukti Keyakinan Terhadap Malaysia - Gobind

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Penyertaan pelbagai jenama global dan negara luar di Smart Nation Expo 2024 membuktikan keyakinan mereka terhadap Malaysia sebagai pusat pelaburan digital utama, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

IndiGo Mula Penerbangan Terus Chennai-Pulau Pinang Pada 21 Disember Depan

GEORGE TOWN, 19 Nov (Bernama) -- Sektor pelancongan Pulau Pinang dijangka menerima rangsangan besar dengan pengumuman penerbangan terus harian di antara Chennai, India dengan Pulau Pinang oleh IndiGo Airlines (IndiGo).

UEM Sunrise Dapat Kelulusan Bina Projek Kediaman Campuran Di Perth

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- UEM Sunrise Bhd telah mendapat kelulusan daripada Development WA, agensi pembangunan dan tanah kerajaan negeri Australia Barat untuk projek kediaman bercampur-campur Subiaco East di Perth.

PDC Jadi Pemangkin Utama Pacu Pertumbuhan Ekonomi Pulau Pinang - Chow

GEORGE TOWN, 18 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menjadi pemangkin utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri dalam tempoh lebih lima dekad penubuhannya, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

PM Anwar Bertemu Presiden Brazil, Pemimpin Industri

Daripada M. Saraswathi

RIO DE JANEIRO (Brazil), 17 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva di sini, Ahad.

PM Anwar Tiba Di Brazil Sempena Lawatan Rasmi, Hadiri Sidang Kemuncak G20

RIO DE JANEIRO (Brazil), 17 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Brazil, negara terbesar di Amerika Selatan, dari Lima, Peru, untuk lawatan rasmi dan juga menghadiri sidang kemuncak G20 atas jemputan Presiden Luiz Inácio Lula da Silva.