Terdapat 978 berita berdasarkan kata kunci carian " impak"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Alami Fasa Konsolidasi Susulan Kenaikan Berturut-turut

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, diasak aktiviti pengambilan untung selepas beberapa hari meningkat di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya positif.

Inisiatif Malaysia Digital Raih Pelaburan RM16.2 Bilion Dalam Masa Empat Bulan

GEORGE TOWN, 29 April (Bernama) -- Jumlah pelaburan yang diluluskan di bawah inisiatif Malaysia Digital (MD) mencecah RM16.2 bilion dari tempoh Januari hingga April tahun ini, disokong oleh keyakinan kukuh pelabur global, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Bursa Malaysia Naik Hari Keempat Berturut-turut, Indeks Komposit Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian hari ini dengan peningkatan hari keempat berturut-turut, yang mencerminkan sentimen positif berikutan penutupan kukuh Wall Street pada Jumaat lepas meskipun pasaran serantau mencatat prestasi bercampur-campur.

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Ringgit dibuka dengan sedikit berubah berbanding dolar AS pada Isnin apabila Indeks Dolar AS (DXY) mengakhiri penurunan selama empat minggu berturut-turut selepas merosot di bawah paras 100 mata baru-baru ini.

Pendirian ASEAN Berkecuali Beri Impak Positif - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- ASEAN secara konsisten mengekalkan pendirian berkecuali dalam hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, dan ini kekal sebagai teras kepada pendekatan diplomatik di rantau ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Dolar AS Rendah Dorong Ringgit Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu respons terhadap jangkaan yang meningkat mengenai penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

Unjuran KDNK 2025 Malaysia Mungkin Perlu Diturunkan Susulan Tarif AS - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2025 yang pada masa ini disasarkan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus mungkin perlu diturunkan berikutan impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Garis Masa Aerotrain Tiada Kaitan Dengan Penstrukturan Semula MAHB - Pengerusi

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Tempoh atau garis masa penyiapan projek Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), kata Pengerusi Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Peralihan Ketara Malaysia: Mengharungi Cabaran Penting Subsidi Bersasar

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Apabila Malaysia memulakan satu daripada reformasi terbesar dalam rangka kerja ekonominya dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini, isu subsidi bersasar bagi diesel telah menjadi tumpuan utama.

Tarif AS Ancam Peranan Malaysia Dalam Rantaian Bekalan Tenaga Bersih Global - FMM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Duti dikenakan terhadap solar dari Asia Tenggara oleh Amerika Syarikat (AS) akan mempunyai implikasi besar ke atas pangkalan pembuatan di seluruh rantau ini, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Perang Saraf Dagangan : TikTok Medan Propaganda Baharu Pertikaian AS-China

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bahang ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang melangkaui dimensi ekonomi tradisional turut menyaksikan kemunculan medan tempur baharu yang bukan bersenjatakan tarif atau lebihan dagangan sebaliknya menerusi algoritma serta video-video tular.