BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Perak FA 2-0 KL City FC | Piala Malaysia: PDRM FC 1-10 JDT | Piala Malaysia: Penang FC 1-0 Kuching City FC | 

Terdapat 830 berita berdasarkan kata kunci carian " daya tahan"

Eksport Sarung Tangan Getah Terhad Kepada Produk Tempatan Berkuat Kuasa Serta-merta

PUTRAJAYA, 25 April (Bernama) -- Syarikat pengeksport sarung tangan getah yang berlesen dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) hanya dibenarkan mengeksport sarung tangan getah yang diperoleh daripada sumber kilang pembuatan tempatan, berkuat kuasa serta-merta.

Malaysia Berkedudukan Baik Terajui Keselamatan Siber Di ASEAN - Kaspersky

SINGAPURA, 24 April (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan terbaik dalam kesediaan keselamatan siber dalam ASEAN, kata firma keselamatan siber global Kaspersky.

Peralihan Ketara Malaysia: Mengharungi Cabaran Penting Subsidi Bersasar

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Apabila Malaysia memulakan satu daripada reformasi terbesar dalam rangka kerja ekonominya dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini, isu subsidi bersasar bagi diesel telah menjadi tumpuan utama.

Imuniti Siber: Strategi Baharu Kapersky Untuk Perangi Jenayah Siber

Oleh C.Vinoothene

SINGAPURA, 23 April (Bernama) -- Syarikat keselamatan siber global, Kaspersky mengguna pakai imuniti (kekebalan) siber sebagai pendekatan strategik baharu untuk memerangi jenayah siber.

IMF Semak Unjuran KDNK Malaysia Kepada 4.1 Peratus Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar Malaysia bagi 2025 kepada 4.1 peratus daripada 4.7 peratus sebelumnya, mencerminkan semakan penurunan yang lebih meluas di seluruh rantau ini. 

ASEAN Perlu Perkukuh Perikatan Perdagangan Melalui Inovasi, Diplomasi

CYBERJAYA, 22 April (Bernama) -- Kemunculan perkongsian perdagangan baharu dalam kalangan blok ekonomi adalah penting untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan mengekalkan perdagangan antarabangsa yang teratur terutamanya ketika berdepan dengan cabaran global, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

OCBC Turunkan Unjuran KDNK 2025 Malaysia Kepada 4.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 kepada 4.3 peratus daripada 4.5 peratus berikutan prospek permintaan luar yang lemah.  

EXIM Bank Jadi Pemangkin Kepada Pavilion Malaysia Tarik FDI RM13 Bilion Pada Ekspo Dunia Osaka 2025

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan  menjadi pemangkin kepada usaha Pavilion Malaysia untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM13 bilion semasa Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Kansai, Jepun.

JS-SEZ Tarik Hampir 90 Peratus Daripada Pelaburan RM27.4 Bilion Johor Pada Suku Pertama

JOHOR BAHRU, 21 April (Bernama) --Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menjadi magnet bagi pelaburan apabila prestasi suku pertama tahun ini menunjukkan hampir 90 peratus daripada RM27.4 bilion pelaburan baharu di Johor terletak di kawasan zon ekonomi tersebut.

JS-SEZ Bakal Perkukuh Daya Tahan Rantaian Bekalan ASEAN – Tengku Zafrul

JOHOR BAHRU, 21 April  (Bernama) --  Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal membantu meningkatkan lagi kecekapan dan daya tahan rantaian bekalan ASEAN, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

PKS Terus Kekal Sebagai Tulang Belakang Ekonomi Sarawak - Awang Tengah

KUCHING, 21 April (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus kekal sebagai tulang belakang dalam landskap ekonomi Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

CIMB Komited Sediakan RM10 Bilion, Pacu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) komited menyediakan kemudahan pembiayaan RM10 bilion untuk memacu integrasi ekonomi dan membuka peluang rentas sempadan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).