BERITA TERKINI   (Tidak Rasmi) BN mendahului PRK DUN Lamag dengan majoriti 538 undi - Asyraf Wajdi | (Tidak Rasmi) BN mendahului PRK Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 4,777 - Asyraf Wajdi | PRK Kinabatangan, Lamag: Semua pusat pengundian ditutup 5.30 petang ini - SPR | PRK Lamag catat peratusan keluar mengundi sebanyak 55.16 peratus setakat 3 petang - SPR | PRK Kinabatangan: Sebanyak 50.37 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR | 

Terdapat 943 berita berdasarkan kata kunci carian " kesihatan"

Bursa Malaysia Dijangka Teruskan Aliran Meningkat Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu depan, disokong oleh landskap ekonomi global yang bertambah baik serta kembalinya semula pembelian asing ke bursa tempatan.

KTHB Lancar Haqqi Mall, Platform Digital Patuh Syariah

SHAH ALAM, 2 Mei (Bernama) -- Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) meneroka sektor digital patuh syariah menerusi pelancaran platform e-dagang gaya hidup Muslim berteraskan ekosistem halal dikenali sebagai Haqqi Mall.

MPOB: 25 Tahun Memimpin Transformasi Industri Sawit, Harum Nama Malaysia Ke Persada Dunia

PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) komited untuk terus meneraju pembangunan sawit negara ke arah industri yang lebih pintar, mampan dan berdaya saing, selaras dengan agenda nasional memperkasa ekonomi hijau serta pendigitalan.

Bursa Malaysia Ditutup Meningkat, Indeks Utama Cecah Intra Harian Tertinggi

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penyusutan awal hari ini apabila indeks petunjuk utamanya mencecah paras intra harian tertinggi, seiring prestasi positif pasaran serantau serta aktiviti belian saat-saat akhir saham telekomunikasi, pembinaan, hartanah dan berkaitan pusat data.

East Coast Energy 2025 Letakkan Terengganu Sebagai Hab Sedia Masa Depan Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- East Coast Energy (ECE) 2025, sidang kemuncak peralihan tenaga untuk wilayah pantai timur Malaysia yang julung kali diadakan, akan meletakkan Terengganu sebagai hab sedia masa depan untuk peralihan tenaga.

GLIC Laksana Dasar Gaji Kehidupan Untuk Semua Pekerja Tetap Warganegara Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) secara kolektif melaksanakan dasar gaji kehidupan, memastikan semua pekerja tetap warganegara Malaysia kini memperoleh pendapatan melebihi ambang gaji bulanan.

PM Anwar Serlah Kepintaran Politik Sebagai Pengerusi ASEAN Dalam Depani Cabaran

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempamerkan kepintaran politik yang luar biasa sebagai pengerusi ASEAN dalam mendepani cabaran yang dihadapi rantau ini, termasuk yang di luar jangka selepas beliau menggalas tanggungjawab kepengerusian blok itu daripada Laos pada Oktober lepas.

Bursa Malaysia Melantun Semula, Indeks Komposit Melonjak 1.63 Peratus

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini pulih daripada penurunan semalam dengan indeks utama melonjak 1.63 peratus, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah, kemasukan semula dana asing dan kebimbangan ketegangan perdagangan yang kian mereda. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Alami Fasa Konsolidasi Susulan Kenaikan Berturut-turut

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, diasak aktiviti pengambilan untung selepas beberapa hari meningkat di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya positif.

Bursa Malaysia Naik Hari Keempat Berturut-turut, Indeks Komposit Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian hari ini dengan peningkatan hari keempat berturut-turut, yang mencerminkan sentimen positif berikutan penutupan kukuh Wall Street pada Jumaat lepas meskipun pasaran serantau mencatat prestasi bercampur-campur.

Pelabur Asing Kembali Giat Di Bursa Malaysia Dengan Aliran Masuk RM332.3 Juta

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pelabur asing mencatatkan aliran masuk bersih di Bursa Malaysia sebanyak RM332.3 juta, mengakhiri jualan selama 26 minggu berturut-turut sekali gus menjadikannya sebagai minggu pertama aliran masuk asing bersih sejak 24 Okt 2024.

Prospek Berhati-hati Bagi Bursa Malaysia Minggu Depan Susulan Pelabur Tunggu Respons Terhadap Tarif AS

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan prospek berhati-hati minggu depan, bergerak dalam jajaran kecil antara 1,513 dan 1,515 berikutan pelabur menunggu kejelasan mengenai respons strategik Malaysia terhadap pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini daripada sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei.